8 televisyen yang mahal di dunia

Televisyen atau apa saja gelarannya merupakan satu objek yang tidak asing lagi bagi rata-rata penduduk di muka bumi ini. Ia merupakan keperluan penting bagi kebanyakan orang sama ada untuk menonton berita, hiburan, maklumat dan sebagainya. Mari kita kenali 8 televisyen yang mahal di dunia.

8. Samsung UN 85S9.

Model TV dari Samsung ini mempunyai paparan skrin berkualiti UHD iaitu ultra high definition dan berfungsi sebagai Smart TV. TV ini bernilai 38 ribu USD. Model ini mempunyai unit pemproses 4 teras yang membolehkan pengguna melayari internet dan menukar kandungan dengan pantas serta berinteraksi dengan lancar. Rata-rata pembeli berpuas hati dengan kualiti dan teknologi TV ini. Cuma harganya yang mahal menjadi rungutan. saiz skrin bagi tv ini ialah 85 inci.

8 televisyen yang mahal di dunia
7. Panasonic TH 103 VX200W.

Model TV plasma bersaiz 103 inci ini didatangkan dengan ciri Full HD 3D untuk memberikan penggunanya kepuasan menonton. TV ini bernilai 100 ribu USD. Pembeli juga dibekalkan dengan sepasang kaca mata 3D untuk menonton filem-filem 3D. Terdapat 4 slot HDMI yang disediakan pada TV ini. Nisbah kontras untuk TV ini ialah 5 point 000 point 000 nisbah 1. saiz skrin bagi tv ini ialah 103 inci.

6. Yalos Diamond.

Saiz skrinnya tidaklah terlalu besar. Ia hanya bersaiz 46 inci. Tetapi harganya menjadi mahal kerana panel hadapan tv ini telah dimasukkan dengan 160 butir berlian 20 Karat. Harga bagi TV ini ialah 140 ribu USD. Tapaknya pula diperbuat daripada emas putih iaitu Platinum. Ia dikeluarkan oleh Keymat iaitu merupakan sebuah syarikat dari negara Itali dan tv ini pertama kali dipertontonkan untuk umum di negara Jerman. Rekaannya pula direka oleh pereka dari negara Jepun iaitu Takahide Sano.

5. Beovision 4103.

Keluasan skrin TV plasma yang mempunyai berat 500 kg ini adalah sama dengan 4 buah TV bersaiz 50 inci yang disusun 2 baris. TV ini bernilai 140 ribu USD. Ia telah dimasukkan dengan beberapa teknologi seperti kawalan gambar automatik, anti pantulan untuk kepuasan menonton pada waktu siang, Bio System 3 Stage Manager yang berfungsi untuk mengendalikan speaker bunyi sekeliling dan output video. Selain itu TV ini juga mempunyai teknologi Bio vision Vision Clear yang berfungsi menyesuaikan dan melaraskan tahap warna dan pencerahan di setiap 5 hari.

8 televisyen yang mahal di dunia

4. Sharp LB 10 85 LCD.

Televisyen LCD jenama Sharp ini dibuat pada tahun 2008 dan mempunyai keluasan skrin 108 inci serta Full HD untuk resolusi skrinnya. TV ini bernilai 160 ribu USD. Walaupun TV ini bukan dari jenis Smart TV dan tidak menyokong 3D, Ia mampu ditonton pada sudut kedudukan 176 darjah. Antara salah satu fungsi yang terdapat di dalam TV ialah Active Contrast. Ia berfungsi untuk mengawal kecerahan dan tahap kontras gambar dan filem. Ia melaraskan kecerahan skrin secara automatik bergantung kepada keadaan sekeliling yang gelap ataupun cerah.

3. Panasonic TH 1 5 2 UX 1.

Saiznya memang sangat besar. TV ini bernilai 500 ribu USD. TV Plasma ini berketinggian 6.5 kaki dan lebarnya mencapai 11 kaki. Beratnya pula mencapai 577 kilogram. Resolusi skrinnya ialah 40 96 kali 21 60 Pixels iaitu 4K Resolution dan Full HD dan ia berkeupayaan memainkan filem atau video 3D. Nisbah paparan skrin TV ini ialah 17 nisbah 9, sama dengan skrin di pawagam.

2. Stuart hughes prestige HD supreme edition.

Stuart memberikan sentuhan pada model TV yang diberi nama Prestige HD Supreme Edition. TV berskrin 55 inci dan berat 19 kilogram ini dibuat dari emas kuning 22 Karat dan ditaburi dengan 48 kepingan berlian 0.75 Karat setiap satu. TV ini bernilai 1.5 juta USD. Untuk hiasan tambahan, ia juga dihiasi dengan batu permata Topaz dan Aven turine. TV ini dikemaskan lagi dengan balutan kulit buaya dan dijahit oleh tukang jahit berbakat.

1. Stuart hughes prestige HD supreme rose edition.

TV ini merupakan satu lagi hasil sentuhan pereka Stuart dan merupakan TV yang termahal di dunia buat masa ini. harga bagi TV ini ialah 2.26 juta USD. Ia adalah salah satu daripada siri Prestige HD sentuhan Stuart. saiznya ialah 55 inci. Kerangkanya diperbuat daripada 28 kilogram emas ros 18 Karat dan dihiasi dengan 72 potongan bulat butiran berlian 1 Karat. ia juga dilengkapi dengan hiasan tambahan batu permata. TV ini juga dikemaskan dengan balutan kulit buaya.

BACA JUGA:
6 spesis ikan tropika paling mahal
8 haiwan termahal di dunia
8 katak paling beracun di dunia