8 misteri kematian haiwan di dunia

Salah satu peristiwa aneh dalam dunia haiwan adalah apabila sekumpulan besar haiwan itu mati sekaligus. Walaupun selalunya ia dikaitkan dengan sebab tertentu. terdapat beberapa kematian yang masih lagi menjadi misteri. Mari kami kongsikan 8 kejadian misteri haiwan yang kematiannya secara besar-besaran yang masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.

8. Ketam Velvet, England.

Pada Januari 2010. lebih dari 40000 ekor ketam Velvet mati dihanyutkan di persisir pantai Thanet, England. Setahun kemudian pula sebanyak 25000 ekor mati dan hanyut di pantai yang sama. Dalam kedua-dua kejadian itu, pantai Thanet dipenuhi dengan bangkai dan telah menarik banyak burung untuk datang. para penyelidik berpendapat bahawa ketam velvet itu mungkin dibunuh oleh sejenis virus tetapi selepas tahun kedua kejadian itu berulang dan mereka percaya mungkin cuaca sejuk menyebabkan ketam itu mengalami hipotermia. Namun begitu, para penyelidik masih belum mempunyai jawapan yang tepat apa yang menyebabkan ketam itu mati sekaligus.

8 misteri kematian haiwan di dunia
7. Gajah Pigmy Borneo, Sabah, Malaysia.

Gajah pigmy borneo adalah baka gajah terkecil di dunia dan hanya mempunyai populasi kira-kira 1500 ekor sahaja. Disebabkan jumlah yang sedikit ini, kematian 14 ekor gajah pigmy di Hutan Simpan Gurung Rara di Sabah telah dianggap satu kematian yang banyak. Ujian telah dilakukan dan satu-satunya kesimpulan yang didapati adalah bahawa ia mungkin berpunca daripada toksin berbahaya yang dimakan oleh gajah ini. Masih tidak jelas jika gajah gajah itu memakan toksin secara segaja atau tidak mungkin juga mereka diracun.

6. Sotong Humbold, California.

Salah satu makhluk paling misteri dalam dunia haiwan adalah sotong Humbold. Sotong ini mempunyai saiz enam kaki panjang. mempunyai sesungut yang kuat dan kulit berwarna merah. Apa yang menjadikan ia misteri adalah 95% daripada mereka hidup di kedalaman 200 hingga 700 meter. Disebabkan kedalaman yang tidak dapat dicapai oleh penyelam ini menjadikan ekspidisi mengkaji makhluk ini menelan belanja yang sangat mahal. Salah satu lagi misteri haiwan ini berlaku di beberapa kejadian berasingan. Salah satunya di kalifornia pada tahun 2005 apabila beribu ribu ekor sotong ini mati.

5. Anjing Laut Harpa, Canada.

Pada disember 2010, penduduk di utara labrador kanada telah menemui beberapa ekor anjing laut harpa mati di bawa ombak ke persisir pantai. Dalam tempoh sebulan, lebih daripada 200 anjing laut dewasa ini telah ditemui mati di situ. Ahli biologis dan Jabatan Perikanan Kanada telah melakukan beberapa ujian pada bangkai-bangkai tersebut namun tidak menemui sebarang jawapan. Kajian menunjukkan sebelum anjing laut harpa itu mati. Mereka berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang penyakit yang ditemui. kejadian ini sungguh misteri.

8 misteri kematian haiwan di dunia

4. Kematian Antelop, Kazakhstan.

Antelop Saiga adalah haiwan yang mudah dikenali kerana saiz hidungnya yang besar. Mereka adalah spesies haiwan terancam sejak dari tahun 2014. dengan hanya 257,000 ekor di dalam empat kumpulan. Haiwan ini hanya boleh ditemui di beberapa bahagian di Rusia dan Kazakhstan. Pada bulan Mei 2015 semasa musim melahirkan anak. Terjadi satu bencana dan hanya dalam masa dua minggu sahaja. 134,000 antelop Saiga ini mati. Separuh daripada populasi keseluruhannya.

3. Paus Pilot, New Zealand.

Ikan Paus Pilot adalah sama dengan Paus Pembunuh kerana mereka didalam keluarga ikan Lumba-lumba tetapi sedikit kecil dan hampir keseluruhan badannya berwarna hitam atau kelabu. Ia banyak ditemui di kedua hemisfer utara dan selatan lautan tropika. Paus Pilot juga terkenal kerana kecenderungan luar biasa untuk membunuh diri beramai-ramai dengan berenang naik ke pantai. Pada tahun 2009, lebih daripada 400 spesis paus ini mati terdampar di Tasmania. Pada tahun 2015 pula 100 ekor ditemui mati di new zealand.

2. Dugong, Florida.

Pada Julai 2012. sebanyak 43 ekor dugong telah ditemui di sini. Sepanjang bulan seterusnya lebih banyak dugong ditemui mati dan menjadikan jumlah keseluruhannya 111 ekor kesemuanya. Pada Januari hingga Jun 2013 pula, lebih dari 300 ekor burung undan ditemui mati. Kebanyakan bangkai yang ditemui sangat kurus dan penuh dengan parasit. Ahli biologi percaya bahawa salah satu punca kematian adalah perubahan dalam ekosistem.

1. Penguin dan Burung Undan, Chile.

Chile merupakan sebuah negara yang merangkumi pantai Barat Daya Amerika Selatan. Pada 2009, ia menjadi tempat di mana beberapa haiwan mati secara besar-besaran. Pada bulan Mac. 1200 ekor pengguin ditemui mati di bahagian selatan negara itu. Sebulan kemudian pula, berjuta-juta ekor ikan sardin hanyut di pantai tidak jauh dari tempat pengguin ditemui mati. Kejadian terakhir ialah 60 ekor burung undan ditemui mati di pantai di tengah Chile. Keempat-empat kejadian itu benar-benar membingungkan para saintis.

BACA JUGA:
8 tempat paling aneh di dunia
7 filem seram daripada kisah sebenar
8 tempat paling panas di dunia