8 hospital yang menyeramkan di dunia

Pernahkah korang dengar kisah-kisah seram dari hospital. Tak boleh dinafikan memang bahawa hospital seringkali mempunyai cerita menyeramkan sama ada ia berkait rapat dengan makhluk halus atau hal yang lain. Jom kita kenali 8 hospital yang menyeramkan di dunia.

8. Nocton Hall, Britain.

Nocton Hol awalnya adalah sebuah rumah mewah sampai Perang Dunia kedua iaitu ketika diambil alih pasukan Amerika sebagai tempat untuk tentera yang tercedera sehingga Perang. Bangunan ini kemudian ditinggalkan pada 1995. Banyak perkara mistik yang berlaku di sini antaranya cerita hantu yang terkenal adalah adanya suara gadis muda menangis namun tidak ada orangnya. Orang-orang percaya bahawa gadis muda itu adalah pelayan yang menjadi mangsa rogol dan pembunuhan dan merupakan anak pemilik rumah mewah Nocton Hall.

8 hospital yang menyeramkan di dunia
7. Ararat Lunatic, Australia.

Ketika ini rumah sakit jiwa ini dikenali dengan nama Aradale. Namun semasa dibuka pada 1867 diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi hospital yang terbesar di Australia. Namun hospital ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Selama 130 tahun beroperasi, ada 13 ribu pesakit meninggal dunia di hospital ini. Maka tak hairan muncul kisah seram di hospital ini.

6. Beechworth Lunatic, Australia.

Awalnya hospital sakit jiwa ini dikenal dengan nama Mayday Hills Lunatic dan rupanya Beechworth ini bermaksud saudara. Hospital sakit jiwa ini dibuka di Australia dan dibuka selama 128 tahun sebelum akhirnya tutup pada 1995. Kisah mengerikan yang muncul di Beechworth adalah doktor yang menggunakan pesakit sebagai objek eksperimen gila mereka. Ada 9000 pesakit yang meninggal di Beechworth termasuk gadis muda misteri yang dilempar keluar tingkap. Ini menyebabkan bangunan itu penuh dengan kegiatan paranormal.

5. Sai Ying Pun Psychiatry, Hong Kong.

Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Ia telahpun mendapat gelaran sebagai Rumah Hantu High Street kerana banyaknya cerita seram yang muncul. Awalnya hospital ini menjadi tempat tinggal staff jururawat sampai Perang Dunia kedua. Khabarnya tentera Jepun menggunakan bangunan ini sebagai ruang eksekusi. Sehingga cerita suara wanita menangis dengan penuh misteri dan roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong menjadi cerita normal di sini.

8 hospital yang menyeramkan di dunia

4. Taunton State, Amerika Syarikat.

Taunton State dibangun pada 1854 sebagai hospital sakit jiwa dan mempunyai sejarah mengerikan. Salah satunya adalah Jane Toppan, seorang pembunuh bersiri yang sudah menghabisi nyawa 31 jururawat. Bahkan khabar angin juga menyebutkan adanya doktor dan jururawat yang melakukan ritual syaitan dengan mengorbankan salah satu pesakit. Belum lagi penglihatan bayangan lelaki misteri menjadi hal biasa yang boleh kamu lihat semasa berkunjung ke hospital ini.

3. Athens Mental, Amerika Syarikat.

Hospital sakit jiwa Athens ini dibuka pada 1874 dan selama bertahun-tahun menerima pesakit gila. Pada 1950an, hospital ini merawat lebih daripada 1800 pesakit dan terkenal kerana prosedur makmal yang mengerikan. Yang peliknya hospital ini merahsiakan dengan ketat identiti pesakit. Belum lagi dengan ditemukannya 1900 mayat di bawah bangunan. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada 1978 dan dijumpai setahun kemudian di bangsal dengan percikan darah di lantai yang dapat dilihat sampai saat ini.

2. Hospital Lama Chang Ee, Singapura.

Dibina pada 1935, hospital lama Chang ee menjadi salah satu hospital yang paling berhantu di Singapura selama bertahun-tahun. Saat dibina pertama kalinya, bangunan ini adalah hospital tentera yang kemudiannya dijadikan penjara oleh tentera Jepun sampai dijadikan ruang untuk penyiksaan. Pada 1997, hospital ini berhenti beroperasi dan ditinggalkan. Banyak pemburu hantu cuba merakam aktviti paranormal di sini dan mencari penemuan mengerikan seperti suara dan penampakan yang misteri.

1. Royal Hope, Amerika Syarikat.

Terletak di ST Augustine, Florida. Hospital Royal Hope awalnya adalah hospital tentera yang digunakan pada 1784 hingga 1821 sebelum akhirnya dihancurkan. Ketika dibina semula dan memperbaiki saluran air, beberapa pekerja bangunan mendapati bahawa hospital itu dibina di atas kuburan lama. Hal itu yang membuat seringnya kejadian tak masuk akal seperti peralatan perubatan yang bergerak sendiri. dan ada kalanya pengunjung diganggu seperti kakinya dipegang.

BACA JUGA:
8 barangan Ebay paling mahal dijual
6 spesis ikan tropika paling mahal
8 haiwan termahal di dunia