8 haiwan termahal di dunia

Haiwan merupakan teman rapat bagi manusia. Terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan yang menjadi penggemar para pencinta haiwan. Malah, mereka sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk menjaga dan menyediakan keselesaan yang cukup untuk haiwan peliharaan mereka. Mari kita kenali 8 haiwan paling termahal di dunia.

8. Chinese Crested Dog.

Anjing ini merupakan spesis anjing yang unik kerana ia merupakan sejenis baka anjing yang tidak berbulu. Anjing ini merupakan spesis anjing yang kecil dan memiliki purata berat sebanyak 4.5 sehingga 5.9 kilogram. anjing ini dianggarkan bernilai RM22,000. Anjing ini hanya memiliki bulu pada bahagian muka dan kaki mereka sahaja. Seekor anjing dari spesis ini yang bernama Sam merupakan anjing dari kumpulan ini yang paling terkenal di dunia kerana ia telah memenangi anugerah anjing paling hodoh di dunia pada tahun 2003 sehingga 2005.

8 haiwan termahal di dunia
7. Toucan.

Toucan merupakan burung yang meiliki paruh yang besar serta menarik. Mereka memiliki badan yang kecil kaki yang pendek dan kuat. Haiwan ini boleh dijumpai di Amerika tengah dan selatan. Anggaran nilai harga bagi haiwan ini adalah bernilai RM43,000. Majoriti Toucan tidak menunjukkan daya tarikan seksual dalam warna mereka. Bulu mereka biasanya hitam dan dengan tompok putih, kuning dan merah. Disebabkan rupa burung ini yang sangat unik berbanding haiwan-haiwan yang lain, mereka merupakan burung yang paling dikenali di seluruh dunia.

6. De Brazza Monkey.

De Brazza Monkey merupakan nama yang diberikan oleh seorang pengembara Perancis kepada haiwan tersebut. De Brazza Monkey merupakan monyet yang sangat tua dan ia merupakan monyet yang termahal di dunia. Monyet ini berharga RM47,000. Monyet ini merupakan sejenis monyet rawa yang sangat sukar dijumpai kerana mereka memiliki kemahiran untuk bersembunyi yang sangat hebat dan unik. Makanan bagi monyet De Brazza kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan herba yang terdapat di lantai hutan dan buah- buahan apabila ada. Ini ditambah dengan serangga dan biji benih dan sumber makanan lain apabila makanan utama adalah terhad.

5. Palm Cockatoo.

The Palm Cockatoo juga dikenali sebagai Goliath Cockatoo merupakan burung nuri yang bewarna kelabu kehitaman. Apa yang menarik tentang burung ini adalah burung ini mempunyai tompokan bewarna merah di bahagian pipi mereka dan ia akan berubah warna apabila haiwan ini teruja atau terkejut. Haiwan ini jarang dijumpai kerana mereka mempunyai kadar kelahiran yang sangat rendah iaitu mereka hanya bertelur sekali dalam setahun. Palm cockatoo dapat ditemui di hutan hujan dan hutan di New Guinea dan Semenanjung Cape York dan Queensland yang berada di australia.

8 haiwan termahal di dunia

4. Stag Beetle.

Sangat mengejutkan apabila serangga yang kecil ini berada di dalam senarai haiwan termahal di dunia. Hal ini demikian kerana serangga ini bukanlah kumbang yang biasa kita temui. Stag Beetle mempunyai “rahang” bewarna merah yang menjadikannya kumbang yang unik berbanding kumbang-kumbang yang lain. Purata saiz mereka adalah sebesar 5CM. Namun ada sesetengah spesis ini mampu membesar sehingga 12 CM. Kumbang jantan terkenal dengan rahang yang bersaiz besar yang digunakan untuk bergelut antara satu sama lain untuk tapak mengawan. Pergaduhan juga mungkin disebabkan oleh makanan seperti getah pokok dan buah-buahan. Walaupun penampilan mereka sering menakutkan. Mereka biasanya tidak agresif kepada manusia.

3. White Lion Kub.

Singa ini bukanlah seperti spesis singa yang lain. White Lion kub merupakan singa yang sangat istimewa kerana bulu dan mata mereka bewarna putih seakan akan mereka diselaputi dengan salji. Haiwan ini memiliki bilangan yang sangat sedikit dan dipercayai hanya terdapat lebih kurang 300 ekor yang masih hidup pada masa kini. ia dianggarkan bernilai RM600,000. Sebab mengapa singa putih ini berlaku adalah kerana betina dan jantan yang mengawan mesti mempunyai gen resesif untuk menghasilkan anak singa putih. Kemungkinan kedua-dua singa mempunyai gen ini adalah sangat luar biasa.

2. Sir Lanserlot Enkor.

Tahukah anda bahawa ini merupakan anjing klon pertama di dunia dan ia telah menjadi anjing yang termahal di dunia? Edgar dan Nina merupakan pasangan yang mempunyai anjing yang terkenal di dunia iaitu Lanserlot. ia dianggarkan bernilai RM660,000. Namun, pada tahun 2008 anjing tersebut telah mati akibat kanser. Oleh hal yang demikian, pasangan tersebut telah memutuskan untuk mengklon DNA haiwan tersebut dan telah berjaya melahirkan Sir Lanserlot Enkor.

1. Tibet Mastiff

Tibet Mastiff merupakan anjing yang menarik dan paling mahal yang pernah dijual. Anjing ini merupakan baka anjing yang terbesar di dunia. Anjing ini dianggarkan bernilai RM 2,500,000. Anjing ini amat jarang ditemui dan ia mempunyai pelbagai jenis warna seperti hitam, kelabu, coklat dan putih. Apa yang menarik tentang anjing ini adalah haiwan ini tidak mempunyai bau yang busuk tetapi ia mempunyai bau yang agak menyenangkan dan ia sesuai dijadikan haiwan peliharaan dan penjaga kawasan rumah anda.

BACA JUGA:
8 haiwan paling besar di dunia
9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia
10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu