8 haiwan paling besar di dunia

Haiwan di dunia ini mempunyai pelbagai jenis spesies. bentuk. dan juga saiz. dari segi saiz haiwan ini ada yang tersangat kecil hingga kita tidak mampu melihatnya dengan mata kasar sehingga saiz yang sangat besar yang mampu dibandingkan dengan beratus ratus orang.

8. Ketam Labah Labah Jepun

Ketam ini merupakan spesis ketam laut yang tinggal di perairan sekitar jepun. Ia mempunyai kaki yang paling panjang. Panjang kaki ketam ini boleh mencapai 3 point 8 meter dengan seberat 19 kilogram. Makanan bagi ketam ini adalah kerang dan bangkai haiwan serta ketam ini mampu hidup sehingga 100 tahun.

7. Green Anaconda

Ahli keluarga reptilia gergasi yang paling besar ini merupakan green anaconda yang berasal dari sungai neotropikal. Saiz maksimum bagi anaconda ini yang pernah direkodkan adalah dengan panjangnya 7 point 5 meter dan seberat 250 kilogram. Ular spesis ini pernah dijumpai di asia tenggara yang mempunyai panjang mencecah 9 point 7 meter.

8 haiwan paling besar di dunia
6. Arnab Gergasi Flemish

Flemish gergasi adalah arnab berasal dari rantau flemish di belgium. Ia mula dibiak seawal abad ke 16 di sekitar bandar gent. Flemish besar ini boleh mencecah berat 12 point 7 kilogram dan bersaiz seperti seekor anjing.

5. Salamander Gergasi China

Salamander Gergasi China ini adalah merupakan yang paling besar di dunia. Haiwan ini mampu mencapai panjang 180 sentimeter. Salamander ini biasanya dijumpai di sungai gunung berbatu dan tasik di china. Haiwan ini juga telah diklasifikasikan sebagai haiwan terancam akibat kehilangan habitat.

4. Buaya Air Masin

Buaya air masin adalah yang paling besar. Ia biasanya boleh dijumpai dari australia utara melalui asia tenggara hingga ke pantai timur in dia. Beratnya sahaja diantara 409 hingga 1000 kilogram dan panjangnya di antara 4 point 1 hingga 5 point 5 meter. Bagi buaya matang ia boleh mencapai panjan 5 meter dengan berat 1000 kilogram.

8 haiwan paling besar di dunia

3. Gajah Laut Selatan

Gajah laut selatan merupakan karnivora yang paling besar wujud ketika ini. Saiz bagi jantan adalah 6 kali lebih berat daripada saiz betina. Saiz betina pula sekitar 400 hingga 900 kilogram dengan panjangnya mencecah 4 point 5 hingga 5 point 8 meter. Saiz yang paling besar pernah direkodkan ialah 6 point 85 meter dan beratnya 5000 kilogram.

2. Gajah Belukar Afrika

Gajah belukar Afrika merupakan haiwan darat yang paling besar di dunia. Panjang gajah jantan sahaja di antara 5 hingga 7 point 5 meter. Ketinggiannya pula ialah 3 point 3 meter dibahagian bahu dan berat mencecah 5900 kilogram. Bagi gajah betina pula ia adalah kecil berbanding gajah jantan. jatah betina dengan panjang diantara 5 point 4 sehingga 6 point 9 meter. Berketinggian 2 point 7 meter dan beratnya 3000 kilogram.

1. Paus Biru

Paus biru adalah merupakan mamalia laut dari keluarga ikan paus balin. Panjangnya sahaja mencecah 30 meter dan berat mencecah 180 tan metrik. ia merupakan haiwan paling besar pernah wujud di dunia. Lidahnya pula seberat 2700 kilogram iaitu bersaiz seekor gajah asia. Berat jantungnya pula adalah 600 kilogram yang merupakan organ paling berat. Ikan paus biru ini hanya memakan hidupan laut kecil seperti udang yang dikenali sebagai krill.

 

BACA JUGA:

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu