8 bulan kerajaan tanpa DAP, adakah semakin baik?

8 bulan kerajaan tanpa DAP, adakah semakin baik?

Konon kata hak Melayu akan terhakis, nasib Melayu akan terpinggir, Raja takkan dihormati sebab pentadbiran ada DAP ni.

Nak tubuh kerajaan yang hampir tiada orang bukan [email protected] bumiputera. Perjuangan kononnya.

Tapi sekarang ni dah 8 bulan pentadbiran tanpa DAP.

Lagi teruk nampaknya Melayu2 bercakaran. Ekonomi makin teruk. Ramai yang hilang pekerjaan.

Titah Agong pun di kata sebagai ‘pendapat’.

Speaker Dewan Negara pun pertikai keputusan Agong dan Majlis Raja2.

Kalau Lim Guan Eng lah yang tulis macam mana Rais Yatim tulis, rasanya dah ramai mengamuk kata hina Agong, tak hormat Raja.

Kalau Melayu sendiri buat? Masing masing diam tak terkata.

Jadi sebenarnya, yang jahat, yang tak reti jaga Melayu, yang buat Melayu terpinggir, yang tak hormat Raja, Melayu sendiri. Bukan orang lain.

Now,

Bilangan covid meningkat-salah rakyat
Coverage internet tak bagus-salah student miskin
Ni pentadbiran kucar kacir-Salah rakyat jugak dikata salah pilih…

Dah takde DAP, rakyat pulak yang disalahkan.

Tuhan dah tunjuk dah, yang jahat sebenarnya bangsa sendiri tamak kuasa, bukan orang lain.

Ada je pemimpin yang tak suka benda benda macam ni.. Tapi tak nak lawan.. Senyap, Bisu.

Play save, takut dapur tak berasap… Life style kena maintain.

Perjuangan? Ketawa je lah bila orang kata perjuangan… Membongak je tu.

Belum lagi ulas pasal ketelusan penjawat Jabatan imegresen, PDRM, SPRM. Sistem perundangan yg cacamerba. Mcmna rakyat nk contohi pemimpin, klau pemimpin pun haprak.

-Ayena Jessnor

Sumber :

COMMENTS