8 barangan Ebay paling mahal dijual

Sejak Ebay diciptakan sekitar lebih 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1995 telah terlalu banyak barang yang dijual dan dilelong melalui laman itu. Terdapat juga barangan pelik. barangan yang tak masuk akal sehinggalah kepada benda bernyawa. Berikut merupakan 8 barangan Ebay yang pernah terjual.

8. Ferrari Enzo.

Hanya ada 399 buah Ferrari Enzo yang dihasilkan dalam dunia. Apabila kereta sport yang mewah dan unik itu dimuat naik untuk lelongan pada tahun 2004. Salah seorang pembida daripada Switzerland telah berjaya membelinya pada harga 540,000 Swiss Fran iaitu bernilai 2.2 juta sehingga memecahkan rekod jualan paling tinggi di laman Ebay seluruh Eropah. Enzo Ferrari ialah kereta sport enjin pertengahan yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta Itali Ferrari dan dinamakan sempena pengasas syarikat itu Enzo Ferrari. Ia dibangunkan pada tahun 2002 menggunakan teknologi Formula one seperti badan gentian karbon dan transmisi manual anjakan automatik gaya F1.

8 barangan Ebay paling mahal dijual
7. Jet GulfStream 2.

Ketika ramai orang masih ragu-ragu untuk menggunakan Ebay, sebuah syarikat sewaan kapal terbang yang berpangkalan di Texas telah melelongkan sebuah jet Gulfstream 2 pada tahun 2001 kepada sebuah syarikat dari Afrika. Gulfstream 2 ialah pengangkutan korporat yang dikuasakan oleh dua enjin turbo fan Rolls Royce dan direka bentuk untuk menyediakan kelajuan tinggi dan keupayaan jarak jauh. Reka bentuknya adalah memudahkannya untuk memecut laju. Ketika itu, Ebay baru saja memperkenalkan kategori penerbangan di laman itu. Jet mewah yang boleh memuatkan 12 penumpang itu telah terjual pada harga RM19 juta kepada syarikat tersebut.

6. Makan Tengah Hari Bersama Warren Buffet.

Warren Buffet merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia. Jadi, setiap saat bersama Warren Buffet adalah sangat berharga. Setiap sen yang diperolehi telah disalurkan kepada Yayasan Glide iaitu sebuah badan kebajikan yang terletak di San Francisco. Pembida yang memenangi lelongan itu dibenarkan membawa bersama 7 orang rakan. Pada tahun 2010, seorang pembida yang tidak mahu dikenali telah berjaya menang lelongan itu pada harga RM10 juta. Namun. bidaan paling mahal adalah pada tahun 2012 dengan jumlah yang unik iaitu RM13.3 juta.

5. Action Comic.

Kemunculan pertama watak Superman dalam komik hanyalah bernilai 10 sen pada tahun 1938. Namun. Pada tahun 2014, komik berusia 76 tahun itu telah berjaya dijual kepada Metro polis komik Collectibles pada harga RM12.3 juta. Edisi pertama mempunyai cetakan sebanyak 200,000 salinan yang segera habis dijual. Mereka mencetak lagi dengan jumlah 1 juta untuk memenuhi permintaan pelanggan. Pemilik asalnya, Darren Adams telah menyimpan komik tersebut dalam keadaan yang sangat sempurna dan merupakan satu daripada 50 keluaran asal yang masih belum dipulihkan.

4. Prata Riccia, Itali.

Semasa dilelongkan pada tahun 2012, perkampungan Tuskan kecil yang terletak di timur Florence ini telah lama ditinggalkan selama hampir 50 tahun. 25 buah bangunan dan 20 ekar tanah yang berada di situ dibangunkan atas lokasi yang berada pada ketinggian 731 meter. Walaupun Prata Riccia bukan satu-satunya pekan atau bandar yang dijual di Ebay. Ia merupakan yang paling mahal iaitu pada harga RM12 juta.

8 barangan Ebay paling mahal dijual

3. Surat Albert Einstein.

Ketika Albert Einstein mula menghasilkan formulanya, Teori Kerelatifannya itu merupakan sesuatu yang tidak diduga dalam bidang sains. Satu surat catatan tangan oleh Einstein yang menulis tentang pandangannya mengenai agama dan konsep ketuhanan telah dilelongkan di eBay dan berjaya mencatat harga bidaan sehingga RM11.6 juta. Surat yang bertarikh 3 Januari 1954 itu didatangkan bersama sampul surat yang asal berserta setem dan cop pengeposan dari rumah Einstein di New Jersey.

2. Rumah Pelancaran Peluru Berpandu.

Selepas berakhirnya Perang Dingin di Amerika, lebihan tapak pelancar peluru berpandu jarak jauh Atlas F yang sudah tidak digunakan lagi. Salah satunya terletak di Gunung Adi rondak. New York yang telah ditukarkan menjadi sebuah rumah mewah oleh pemaju Gregory Gibbons dan Bruce Francisco. Mereka telah menjual rumah unik yang mempunyai dua bahagian paras iaitu di permukaan dan juga bawah tanah kepada satu pasangan yang tidak ingin dikenali pada harga RM8.1 juta.

1. Kad Besbol Honus Wagner T206.

Pada tahun 2000, salah satu kad besbol paling terkenal telah dijual di Ebay pada harga RM4.9 juta termasuk 15% kepada penjual. Kad yang dikeluarkan pada tahun 1909 itu mula popular satu dekad sebelum dilelongkan kerana disertakan bersama pek asal rokok American Tobacco Company dan keengganan Honus Wagner menggunakan imejnya untuk mempromosikan tabiat merokok. Selain itu, hanya ada 57 kad Honus Wagner yang wujud dalam dunia.

BACA JUGA:
8 haiwan paling besar di dunia
9 tempat paling sejuk di dunia
9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia