8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal

Orang yang mempunyai banyak duit tidak akan pernah risau membeli barangan yang sangat mahal. tetapi terdapat barangan yang anda boleh membelinya dengan murah dan boleh mendapatkannya secara percuma dijual dengan harga yang tak masuk akal di dunia ini.

8. Tisu tandas emas.

Pada tahun 2012. sebuah syarikat australia mengeluarkan tisu tandas emas 24 karat yang berharga 1,376,900 USD. Yang lagi menarik pembeli kertas tandas emas itu juga akan menerima sebotol arak yang mahal selepas berbelanja sebanyak itu untuk tisu tandas emas.

7. Kanta lekap berlian.

Jika anda pernah memakai kanta lekap anda akan terkejut dengan harga kanta lekap berlian ini. Kanta lekap berlian ini dianggarkan bernilai 15,000 USD iaitu bersamaan dengan RM67,905. Kemungkinan selepas anda memakai kanta lekap berlian ini mata anda akan berkilauan disebabkan oleh pancaran berlian tersebut dan dapat menarik perhatian orang sekeliling.

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal
6. Dawai kokot emas.

Pernahkah anda mencantumkan apa apa dokumen menggunakan dawai kokot atau lebih dikenali sebagai stapler bullet. Seorang yang beraada di Belanda telah membuat dan menjual dawai kokot yang disaluti dengan emas dengan harga 72 USD iaitu RM325. Menurut mereka juga dawai kokot emas tersebut bertujuan untuk perhiasan pada baju pada awalnya.

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal

 

 

5. Kiub ais mewah.

Mesti anda tidak pernah terfikir bahawa harga kiub ais mewah ini bernilai 325 USD iaitu bersamaan dengan RM1,471. Satu beg kiub ais tersebut berisi 50 ketul ais. Sebuah syarikat yang berpangkalan di California bernama Glace Luxury Ice menjual kiub ais yang istimewa dan khusus yang meminimumkan masa pencairan dan memberikan penyejukan yang maksimum.

 

4. Gameboy asli dilitupi dengan emas dan berlian.

Ramai kanak kanak 90 an mempunyai kenangan yang menyeronokkan bermain Pokemon atau Legend of Zelda di game boy mereka. Kini kita lebih tua dan mempunyai wang untuk membeli sesuatu. Sebuah syarikat telah memutuskan untuk menunaikan nostalgia budak zaman 90 an dengan mengeluarkan game boy asli yang dilitupi emas dan berlian. Game boy asli dilitupi dengan emas dan berlian ini bernilai 25,000 USD.

3. Rantai leher anjing.

Siapa pernah menyangka bahawa rantai anjing juga ada yang paling mahal. Sebuah syarikat yang amat dikenali ramai iaitu LV telah mengeluarkan rantai leher anjing yang bernilai 440 USD. Mereka berfikir bahawa jika manusia boleh menggunakan produk mereka kenapa tidak anjing.

2. Basikal emas.

Pernahkah anda terfikir harga sebuah basikal mencecah ratusan ribu. Sebuah syarikat bernama Goldgenie mengeluarkan basikal lumba yang dilitupi dengan lapisan emas 24 karat yang berharga 579,000 USD. Goldgenie yang berpangkalan di London telah mengeluarkan dan menjual basikal lumba yang disaluti dengan emas 24 karat terus menjadikannya sebagai salah satu basikal yang paling mewah di dunia.

1. Beg plastik termahal.

Beg plastik ini merupakan beg plastik pakai buang yang dibuat oleh syarikat Balenciaga untuk kegunaan harian. Harga bagi beg plastik pakai buang ini sahaja bernilai 1,000 USD. Adakah anda sanggup membeli beg plastik yang mahal ini sedangkan kita boleh mendapatkannya secara percuma.

BACA JUGA:

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu