7 wanita ghaib ditelan bumi, ini yang mereka buat hingga ditelan bumi

7 wanita ghaib ditelan bumi, ini yang mereka buat hingga ditelan bumi. Satu majlis menyambut hari jadi di Brazil bertukar tragedi apabila lubang besar muncul secara tiba-tiba dan menelan enam orang penari yang sedang ligat menari, lapor New York Post.

“Kami sedang menari betul-betul di atas lubang itu muncul dan kami telah terjatuh ke dalamnya,” kata salah seorang mangsa.

Kejadian pelik itu berlaku ketika dia dan rakan-rakannya meraikan hari lahir seorang kawan di rumah neneknya di bandar Alagoinhas, Brazil.

Wanita itu dan rakan-rakannya dikatakan sedang rancak menari mengikut rentak lagu popular Portugis sebelum lubang itu mula muncul di bawah kaki mereka.

Sebelum mereka sempat bertindak balas, lubang jerlus itu telah menelan dia dan enam lagi wanita yang lain.

7 wanita ghaib ditelan bumi, ini yang mereka buat hingga ditelan bumi

Video yang dirakam oleh anak wanita itu menunjukkan pada awalnya mereka menari seperti biasa dengan melompat-lompat dalam bulatan.

Secara tiba-tiba, lubang benam itu muncul tepat di bawah mereka dan menelan kesemua penari tersebut.

Penonton yang melihat kejadian itu terkejut melihat fenomena tersebut yang seperti dalam adegan filem bencana.

Mujur kesemua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk, hanya luka-luka kecil dan lebam.

Kejadian itu dikatakan aneh kerana keluarga itu sudah beberapa kali mengadakan acara di lokasi yang sama tanpa mengalami sebarang kejadian buruk.

Susulan daripada itu, pekerja dikatakan akan membaiki lubang yang luas itu supaya tidak akan merosakkan majlis keluarga yang seterusnya.

@cosmedamianfabbredzaval0♬ Gol de gênio – Vários Artistas

BACA:

Luar setinggan dalam kondo, ramai ternganga lihat dekorasi dalaman rumah ini

Bayar tapak RM1,200 tapi ini yang dapat, peniaga tutup awal

Hakikat pedih : Peniaga ramai, pembeli kurang… “Tak balik modal pun”