7 tempat di Amerika paling seram

Kisah keberadaan hantu masih menimbulkan misteri tentang kebenarannya hingga saat ini. ramai yang percaya dengan kewujudan hantu di dunia ini dan ada juga yang tidak percaya. Banyak tempat di dunia ini yang dipercayai dihuni oleh hantu. Seperti salah satunya di amerika syarikat. Mari kita kenali 7 tempat seram di amerika syarikat.

7. Waverly Hills Sanatorium.

Bangunan satu ini terlihat seperti gambaran hospital berhantu yang sering kita lihat dalam filem seram yang ditayangkan di Hollywood. Bangunan tinggalan rumah sakit berbentuk sayap kelawar dari Abad ke 19 itu merupakan rumah sakit pertama yang dibangun di atas bukit Louisville pada 1910. Jumlah orang yang telah meninggal di hospital ini ialah sebanyak 8000 orang. Menurut para penyiasat paranormal. Mereka mendakwa mendengar suara pintu tertutup dengan sendiri. Ada juga suara teriakan pesakit dan bunyi tapak kaki, ada juga mengatakan ada bayangan hitam yang terbang disepanjang koridor.

7 tempat di Amerika paling seram
6. Savannah, Georgia.

Savannah sering disebut sebagai kota paling berhantu di Amerika Syarikat, terutama di tempat itu bersejarah Bonaventure Cemetery. Di antara sebuah tempat perkuburan yang ada penampakan di kuburan berhantu itu. Salah satu yang paling populer adalah kemunculan gadis 6 tahun yang meninggal akibat pneumonia pada 1889. Penduduk disana sering mendengar suara anak-anak bermain sambil tertawa dan suara tangisan juga dilaporkan sering terdengar di tempat mengerikan itu.

5. Whaley House, San Diego.

Whaley house merupakan rumah paling menyeramkan di Amerika Syaikat. Bangunan itu dibangunkan pada 1857. Kisah ini bermula apabila thomas whaley membeli sebuah rumah yang didirikan di bekas tinggalan tapak tali gantung penjenayah dan tempat perkuburan. Beberapa minggu whaley tinggal di rumah itu dia mendengar suara langkah kaki seakan dari kasut boot seorang lelaki. Rumah itu kini menjadi sebuah museum dan para pengunjung sering melaporkan sering mendengar bunyi tapak kaki dan mereka melihat hantu keluarga whaley.

7 tempat di Amerika paling seram

4. Bachelor Is Grove, Chicago.

Tempat ini merupakan tempat pemakaman kecil yang terletak di pinggiran chicago. Tempat ini mempunyai 100 dokumentasi tentang penangkapan hantu atau kegiatan paranormal. Penduduk sekitar pernah menyatakan bahawa pernah melihat kuburan itu bercahaya pada waktu malam dan ada kalanya mereka melihat seorang petani dan kuda yang telah meninggal diseret ke dalam kolam. Ada juga penduduk mengatakan bahawa mereka pernah melihat perempuan yang memakai pakaian zaman dahulu duduk di batu nisan kuburan itu.

3. La Laurie Mansion, Louisiana.

Tempat ini merupakan salah satu rumah berhantu yang terkenal di Amerika Syarikat. Rumah ini merupakan bekas rumah Meidem La Laurie. Kononnya beliau telah membunuh dan menyiksa dua orang budak di dalam rumah tersebut. Rumah itu kemudiannya dibeli oleh orang lain dan tuan baru rumah itu menyatakan sering dihantui oleh orang orang yang telah dibunuh oleh Meidem Laurie. Roh dua orang budak itu juga sering kelihatan dan juga mengacau orang yang tinggal di dumah tersebut.

2. Gettys Burg, Pennsylvania.

Perang terbesar telah berlaku di tempat ini iaitu perang saudara. Lebih 8000 orang pejuang tewas dalam perang tersebut. Kini setelah bertahun tahun sejak pertumpahan berdarah itu banyak kisah mistik berlaku di lokasi ini. Ada laporan menyatakan mereka mendengar bunyi tembakan meriam. teriakan dan jeritan tentera di lokasi tersebut. Bunyi tapak kaki kuda juga sering didengar oleh penduduk di sana pada waktu malam.

1. ST Augustine Light Station, Florida.

Tempat ini merupakan salah satu lokasi terkenal di Amerika Syarikat. Bangunan ini mula dihantui tak lama selepas pembangunannya. Kononnya dua orang gadis tenggelam di tempat itu setelah kereta mereka hilang kawalan. Kini suara mereka sering didengar di dalam menara pada waktu malam. Penampakan seorang gadis juga sering dilaporkan. Penampakkan hantu yang lainnya pula merupakan dua orang arwah yang menjaga menara api tersebut.

BACA JUGA:
9 negara terkecil di dunia
6 cili paling pedas di dunia
9 jenis kopi yang menarik dan sedap