7 konsol permainan video paling laris

Sebelum permainan telefon mudah alih menjadi permainan video utama yang dimainkan oleh masyarakat pada zaman sekarang. Konsol permainan video adalah sesuatu yang paling popular pada suatu ketika dahulu.

7. X Box 360

X Box 360 merupakan salah satu konsol bukan keluaran jepun dalam senarai konsol paling laris di dunia. X Box 360 merupakan konsol kedua keluaran microsoft pada 22 november 2005 di Amerika Syarikat iaitu pada kira kira setahun sebelum pelancaran pesaingnya Sony PS3 dan nintendo. X Box 360 mencatatkan jumlah jualan sebanyak 85.5 juta unit terjual.

6. Playstation 3

Playstation 3 dilancarkan pada 11 november pada tahun 2006 di Jepun dan dilancarkan juga di Amerika Utara seminggu kemudian. Sebanyak 86.9 juta unit telah dijual di seluruh dunia menjadikannya sebagai konsol ke 6 paling laris di dunia. Konsol ini merupakan konsol yang termahal pada zamanya.

7 konsol permainan video paling laris
5. Wii

Wii merupakan konsol keluaran nintendo yang telah dilancarkan pada 19 november pada tahun 2006. dengan penghasilannya. Nintendo mempopularkan kawalan pergerakan dengan alat kawalan jauh Wii remote dan nunchuck. Wii telah dipuji sebagai hasil kerja nintendo yang menakjubkan iaitu menggunakan alat kawalan pergerakan. Ia telah terjual sebanyak 101.6 juta malah menjadi konsol nintendo bukan mudah alih yang paling laris.

4. Playstation 1

Playstation atau lebih dikenali sebagai PS one adalah konsol permainan video pertama yang mencecah unit jualan melebihi 100 juta sejak pelancarannya pada 31 disember 1994. Terciptanya idea untuk membuat PS one ini datang daripada kegagalan perkongsian di antara nintendo dan Sony. Apa yang lebih menarik PS one memainkan peranan penting dalam peralihan indsutri permainan video dari grafik 2D kepada 3D.

7 konsol permainan video paling laris

3. Game Boy

Game boy diinspirasikan oleh nintendo NES dan konsol mudah alih. nintendo telah melancarkan game boy pada 21 april 1989 di Jepun. konsol ini telah bersaing dengan konsol sega pada masa itu. Pada awalnya Game boy ini menggunakan sistem monokrom dan gameboy colour telah diperkenalkan. Game boy ini dapat terjual dengan jumlah jualan sebanyak 118.7 juta unit.

2. Nintendo DS

Pada tahun 2004, Nintendo telah melancarkan satu permainan video mudah alih baru iaitu 32 bit. DS. Nintendo DS menampilkan 2 skrin lcd dengan reka bentuk clamshell. Ia mendapat sambutan yang hangat tetapi ia menghadapi saingan dengan Sony PSP. Ia merupakan konsol sistem mudah alih yang laris setakat ini dengan jumlah jualan sebanyak 154.9 juta unit di seluruh dunia jauh mengalahkan Sony PSP yang tejual sebanyak 80.8 juta unit.

1. Playstation 2

Pertama kali dilancarkan pada 4 mac pada tahun 2000 di Jepun. Ia merupakan konsol paling laris di dunia setakat ini dengan unit terjual sebanyak 158 juta dalam tempoh 12 tahun. PS2 dikatakan mengalahkan pesaingnya disebabkan oleh penghasilan melebihi 2000 permainan video. Ia juga merupakan konsol pertama yang menyokong penggunaan DVD ketika itu yang membolehkan PS2 mampu memainkan filem DVD.

BACA JUGA :

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal