7 haiwan dengan kuasa gigitan yang kuat

Kekuatan gigitan manusia ialah 162 paun per inci persegi. Bagaimana pula dengan kekuatan gigitan haiwan sehingga ada sesetengah daripadanya begitu kuat sehingga boleh mengalahkan mangsanya. Mari kita mengenali 7 haiwan yang mempunyai daya gigitan yang kuat.

7. Dubuk Hyena

Dubuk atau dikenali sebagai Hyena mempunyai kekuatan gigitan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan haiwan-haiwan yang tidak tersenarai di dalam senarai ini. Dubuk mempunyai kekuatan gigitan sehingga 1,100 PSI. Spotted hyena iatu jenis dubuk yang biasa kita lihat di dalam rancangan telivisyen sebenarnya memburu hampir 95% daripada makanannya. Ia juga mampu menghalau pemangsa lain seperti harimau bintang atau singa daripada makanan mereka.

6. Gorilla

Dengan kekuatan gigitan 1.300 PSI yang kuat, gorilla juga ada dalam daftar haiwan dengan gigitan paling kuat. Leher gorila yang lebar dan berotot inilah yang menghasilkan kekuatan gigitan yang menakjubkan, tetapi mereka tidak menggunakannya untuk menghancurkan tulang hewan lain. Utamanya, Gorila memakan tanaman, pucuk, dan buah. Mereka menggunakan geraham besar dan gigitan kuat untuk mengunyah kulit kayu, akar, dan bahan berserat lainnya. gorila jantan dewasa memiliki gigi taring yang sangat besar dan menonjol namun, Itu digunakan untuk menunjukkan agresi terhadap gorila lain yang menantang atau untuk menakut-nakuti penyusup.

7 haiwan dengan kuasa gigitan yang kuat
5. Bull Shark

Bull shark atau juga dikenali sebagai Zambezi shark di Afika dan sebagai Nicaragua shark di Nicaragua pula menduduki tangga teratas dalam keluarga jerung. Ia dengan kekuatan gigitan sehingga 1350 PSI dan biasanya jerung ini mendiami perairan bersuhu panas di sepanjang pantai dan juga sungai. Bull shark merupakan jerung yang biasa ke hulu sungai dan kebiasaannya menjadi punca serangan terhadap manusia. Saiz Bull Shark dewasa adalah sekitar 2 point 4 meter panjang dengan berat sehingga 130 kg.

4. Jaguar

Jaguar merupakan satu satunya keluarga kucing yang tersenarai di dalam haiwan mempunyai gigitan terkuat dengan kekuatan gigitan sehingga 1,500 PSI walaupun ia merupakan ke 3 terbesar dalam keluarga tersebut selepas harimau dan singa. Ia terdapat daripada Barat Daya United States dan Mexico, Amerika Tengah dan ke Selatan hingga ke Paraguay juga di Utara Argentina.

7 haiwan dengan kuasa gigitan yang kuat

3. Badak Air

Badak air mungkin bukan merupakan haiwan herbivor. Namun saiznya yang besar juga memerlukan gigitan yang kuat untuk beberapa perkara seperti persaingan dan keselamatannya. Kekuatan gigitan badak ayer boleh mencecah sehingga 1,800 PSI. Badak air hanya mendiami kawasan Sub-Sahara di Afrika di mana ia memerlukan kawasan yang berair untuk berendam. Berat seekor badak air jantan boleh mencecah sehingga 1500 kilogram bagi jantan, manakala 1300 kilogram pula bagi yang betina.

2. Buaya Air Masin

Buaya air masin merupakan reptilia terbesar. Walaupun bersaiz besar ia mempunyai kekuatan gigitan yang kurang berbanding buaya nile iaitu dengan kekuatan 3700 PSI. Namun begitu kekuatan ini cukup meletakkan ianya di tangga ke 2 sebagai haiwan dengan kekuatan gigitan terkuat. Ia merupakan antara buaya yang mempunyai taburan yang paling meluas meliputi kawasan pantai di India, kebanyakan kawasan di Asia Tenggara dan juga Utara Australia.

1. Buaya Nile

Buaya ini mempunyai kekuatan yang paling kuat di antara semua haiwan pemburu yang lain iaitu sehingga 5000 PSI. Ia lebih dikenali sebagai nile crocodile yang juga merupakan reptilia kedua terbesar selepas buaya air masin. Ia menghuni sekitar sungai nile. Adakalanya ia juga mendiami sehingga ke perairan air payau. Mencapai saiz sehingga berukuran di antara 2 point 8 ke 5 meter panjang dan berat sekitar 70 ke 700 kilogram.

 

BACA JUGA :

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu