7 filem seram daripada kisah sebenar

Bagi mereka yang minat dengan filem seram pasti korang tahu filem yang tersenarai di dalam video ini. Filem-filem seram tidak difokuskan kepada cerita hantu sahaja tetapi ada juga cerita pembunuhan yang kejam. Berikut 9 filem seram yang di adaptasikan daripada kisah benar.

7. The Conjuring

The Conjuring adalah filem sebuah rumah berhantu. Filem ini dibuay berdasarkan kepada kes kes dan rakaman penyiasat mistik iaitu Lorraine dan Warren. Cerita ini bermula apabila mereka dipanggil bagi membantu ahli keluarga Perron. Keluarga perron mendapati bahawa rumah yang mereka baru sahaja beli dilaporkan berhantu. Lorraine kemudian menghubungi pembuat filem pada masa itu bagi memastikan mereka merakamkan dengan tepat tentang apa yang akan berlaku di situ. Ada sejarah yang menyeramkan di bandar itu yang menyatakan bahawa sebelum keluarga itu berpindah ke rumah tersebut. terjadi beberapa kejadian ngeri yang berlaku di rumah itu seperti bunuh diri, seseorang telah diracun, dua orang dilemaskan, empat orang dibekukan sehingga mati, kes rogol dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

7 filem seram daripada kisah sebenar
6. Exorcism of Emily Rose

Berdasarkan kisah seram yang benar berlaku di jerman pada tahun 1970 an, mengisahkan seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun meninggal dunia akibat luka dan kekurangan makanan akibat ekorisme. Semasa dia berusia 17 tahun, Anneliese Michel mula mengalami sawan dan dimasukkan ke hospital. Anneliese mula melihat perkara pelik dan mendakwa mendengar suara-suara yang memberitahunya untuk di adili di neraka. Anneliese menolak untuk makan kerana kerana iblis melarangnya untuk makan. Dia tidur di lantai batu makan labahlabah dan juga meminum air kencingnya sendiri. Dia menjerit dan memusnahkan mana-mana salib atau benda-benda keagamaan yang ditemuinya. Gereja Katolik akhirnya bersetuju dan melakukan sesi rawatan yang dijalankan 2 kali seminggu sekitar sembilan belas tujuh puluh lima. Sehingga satu masa. Anneliese mula menderita penyakit radang paru-paru dan mati.

5. Open Water

Filem seram , Open Water adalah sebuah kisah seram tentang pasangan yang sedang bercuti dan telah menyertai misi menyelam bersama dengan pasukan penyelam. mereka terpisah daripada kumpulan penyelam itu dan mula bergerak secara sendiri. Setelah tiba dipermukaan air, kapal yang mereka naiki untuk ke tempat itu telah pergi meninggalkan mereka. Mereka berdua tertinggal di tengah lautan dan terdedah kepada bahaya. Filem ini berdasarkan daripada kisah benar Tom dan Eileen Lonergan, pasangan rakyat Amerika yang ditinggalkan dengan cara yang sama. berdasarkan cerita mayat mereka tidak pernah ditemui .

4. Anabelle

Sekitar tahun 1970, seorang mahasiswa bernama Donna dihadiahkan sebuah boneka Raggedy Ann oleh ibunya sempena ulang tahun kelahirannya. Pada awalnya donna tidak mengetahui kisah berkenaan boneka itu. Sehinggalah boneka itu mula bergerak dengan sendirinya. Ada situasi dimana donna kembali ke rumah untuk mencari boneka itu di tempat tidurnya. Kelihatan darah ditangan dan di dada boneka tersebut dan sepertinya mengalir keluar dari boneka itu. seorang pakar mistik menjelaskan bahawa ada seorang gadis bernama Annabelle hinggins yang berusia 7 tahun telah meninggal dunia di daerah tersebut sebelum bangunan pangsapuri mereka dibina. Mereka membuat satu kesimpulan bahawa iblis yang masuk ke boneka itu dan membuatnya kelihatan seolah-olah memiliki roh bertujuan untuk memiliki jiwa Donna.

7 filem seram daripada kisah sebenar

3. The Haunting in Connecticut

The Haunting in Connecticut menceritakan seorang ibu dan anaknya yang menderita kanser. Kerana harus mendapatkan rawatan yang intensif. mereka harus pindah ke Connecticut supaya boleh ke hospital dengan cepat. Si ibu menyewa sebuah rumah. Dia menyewa rumah tersebut tanpa ambil tahu bahawa ada sejarah gelap di rumah tersebut. Filem tersebut ternyata diambil dari kisah suami isteri Ed dan Lorraine Warren. Ed dan Lorraine berhasil mengungkap apa yang terjadi di rumah itu. Rumah tersebut ternyata tempat melakukan ritual yang berhubungan dengan roh.

2. Deranged

Filem ini mengisahkan pembunuh bersiri sekaligus mengumpul mayat sebagai koleksi, Ed Gein menarik banyak pihak untuk menjadikan ceritan dari kisahnya kepada filem. melalui filem ini Ed Gein memberikan kita contoh bahawa jangan mencintai seseorang itu secara berlebihan. Ed Gein yang kehilangan ibunya dan kerana sayang kepada ibunya. gein tidak kuburkan ibunya secara normal. Gein menyimpan tubuh ibunya dan memberinya baju dan memperlakukannya seperti ibunya masih hidup.

1. The Exorcis

Kisah seorang budak lelaki 14 tahun bernama robbie yang dirasuk kerana bermain papan Ouija. Papan ouija adalah permainan yang bertujuan untuk memanggil dan berinteraksi dengan makhluk halus. Akibat bermain permainan tersebut robbie mula mengalami banyak kejadian aneh. robbie sering dirasuk dan dia dimasukkan ke rumah sakit jiwa untuk menjalani rawatan. Ramai yang percaya bahawa robbie diganggu makhluk halus.

BACA JUGA :

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu