7 barangan supreme yang termahal di dunia

Sekiranya anda peminat barangan yang berjenama. anda pastinya sudah biasa mendengar jenama Supreme. Bagi kebanyakan daripada kita, kita pastinya hairan bagaimana jenama sebegini boleh menjual pelbagai barangan dengan harga tidak masuk akal langsung. Sekiranya anda nampak seseorang di luar sana memakai barangan jenama ini ia semestinya orang yang berkemampuan untuk membeli barangan tersebut.

7. Supreme Fender Stratocaster.

Fender stratocaster klasik bermula dari tahun 1954 dan merupakan reka bentuk kegemaran ramai pemain gitar termasuk Jimi Hendrik. Gitar reka bentuk putih tulen dikeluarkan oleh fender pada tahun 1994 merupakan tahun penubuhan Supreme. Tiada yang istimewa dengan gitar ini. Bunyinya tetap sama dengan yang lain. Namun reka bentuknya disertakan dengan logo klasik Supreme dan tali yang sepadan. Ia mula dijual pada harga 42341 ringgit malaysia.

7 barangan supreme yang termahal di dunia
6. T-shirt Supreme Original Donald Trump.

Perkara yang mungkin unik tentang barangan ini adalah pada tarikh penciptaannya iaitu pada tahun 2003 apabila Donald Trump hanyalah seorang pelabur hartanah yang terkenal dengan rancangan realitinya The Apprentice. Baju ini berharga RM102,511. Lebih sedekad kemudian, sejurus sebelum keputusan pilihan raya presiden antara Hillary Clinton dan Donald Trump diumumkan. Nilai baju ini telah meningkat kepada 2000USD. Beberapa hari kemudian, nilainya terus melonjak kepada nilai 23,000 USD.

5. Bola Keranjang Supreme.

Bola keranjang dari jenama dalam industri ini iaitu Spalding adalah antara barangan yang jarang ditemui dalam senarai produk Supreme yang paling mahal ini. Kerjasama antara kedua ini antara yang terawal iaitu pada tahun 1996. Hanya dua tahun selepas penubuhan Supreme. Dianggarkan terdapat kira-kira 70 bola ini di seluruh dunia. Harga bola ini ialah RM111,425. Selain daripada reka bentuk berwarna merah yang ikonik, kita boleh membaca slogan each one teach one dan world famous team dalam tulisan berwarna perak.

4. Mesin Pinball Supreme Stern.

Dengan harga runcit mesin ini bernilai 9600 USD, mesin pinball ini adalah salah satu barangan yang mesti dimiliki oleh pengumpul barangan Supreme. Mesin pinball ini berharga RM169,366. Stern ialah salah satu kilang pinball terakhir di dunia. Ia terkenal dengan mesin pinball berkaliber tinggi yang sering mengikat perjanjian lesen dengan jenama atau identiti berjenama besar seperti filem Star Wars dan Marvel serta kumpulan seperti AC DC, Metallica dan KISS.

7 barangan supreme yang termahal di dunia

3. Papan Selaju Supreme Louis Vuiton.

Hanya 10 unit papan selaju LV Supreme ini dibuat di mana warna merah mendominasi reka bentuk papan selaju ini. Kerjasama antara LV dan Supreme telah menghasilkan banyak barangan Supreme yang bernilai tinggi dan papan selaju ini merupakan salah satu daripadanya. Firma Perancis ini memilih 10 yang bertuah di kalangan pelanggan terpilihnya. Papan selaju ini dijual dengan harga RM393107. Bagi yang memilikinya. Pasti begitu sayang untuk dimainkan dan hanya disimpan sebagai koleksi.

2. Beruang Teddy Supreme Louis Vuiton.

Beruang teddy Supreme koloberasi dengan LV ini ialah barangan pertama dan satu-satunya dalam senarai barangan Supreme paling mahal. Seseorang individu telah membayar kira-kira 110000 USD dan terus disalurkan ke BBC children in need foundation sebagai pertukaran untuk teddy bear ini. harga patung ini ialah RM490,270.

1. Peti Besi Supreme Louis Vuiton.

Supreme X LV malle Courrier 90 Trunk ini ialah barangan Supreme paling mahal di dunia pada masa ini. Barang ini dilelong di acara lelongan Christie pada 2017 dan dijual pada harga RM557,125. LV tidak meletakkan peti ini untuk dijual di kedai dan hanya membuat beberapa jemputan kepada pelanggan VIP mereka. Buat masa ini. hanya tiga yang diketahui wujud di dunia.

BACA LAGI:

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu