6 spesis ikan tropika paling mahal

Ikan adalah hidupan laut yang paling unik dan terdapat kira-kira 28,000 spesis ikan yang masih wujud di atas muka bumi. Seperti hidupan laut yang lain, ikan juga mempunyai rupa bentuk dan warna yang bermacam-macam. Di antara spesis spesis ini. beberapa spesis daripadanya mempunyai nilai dan harga yang sangat tinggi disebabkan sebab-sebab tertentu. Mari kita kenali 6 ikan paling mahal.

6. Arowana Nami Hijau.

Mungkin ramai yang mengetahui akan spesis ikan ini iaitu Arowana. Dan ikan Arowana Nami Hijau ini merupakan antara yang termahal di dunia dengan harga RM19300. Arowana ini agak lain seperti yang anda tahu kerana spesis Arowana Nami Hijau adalah sangat jarang ditemui disebabkan warna yang istimewa. Spesis Arowana ini biasanya ditemui di utara Malaysia iaitu di Tasik Pedu. Ikan arowana biasanya dijual sebagai haiwan peliharaan namun ia hanyalah arowana berwarna perak dan kerap ditemui. Spesis arowana ini sangat sukar ditemui dan dijual sebagai haiwan peliharaan kerana hanya ditangkap oleh nelayan. Ia menyebabkan ia semakin sukar ditemui, ia mempunyai warna jingga dan hijau yang sangat terang, sirip jingga pudar dan setompok sisik jingga kekuningan.

6 spesis ikan tropika paling mahal
5. Kerapu Neptune.

Disebabkan ikan ini cantik dan sangat eksotik. ia membuatkan harganya mencecah setinggi RM23,000 seekor. Ia mempunyai warna kuning terang di bahagian kepala dengan jalur jingga dan putih pada bahagian badan. Seperti ikan lain, ikan Kerapu Neptune tersangat jarang ditemui. Ia biasanya dijumpai di dalam ayer berkedalaman 80 meter. malah pernah ditemui pada 243 meter di bawah air. Hanya sedikit sahaja jumlah yang berjaya ditangkap oleh manusia. yang paling besar pernah ditemui adalah sebesar 43 sentimeter. Namun. di Jepun anda boleh menjumpai ikan ini dijual di tepi jalan dengan harga serendah RM200 sebagai makanan. Agak pelik kerana ia biasa dijual sebagai makanan. dan bukan sebagai haiwan peliharaan.

4. BladeFin Basslet.

Ikan Bladefin Basselt bersaiz agak kecil walaupun ia membesar sepenuhnya. Ikan ini biasanya ditemui di Pulau karibian dan merupakan ikan tropika eksotik. Ia mampu dijual dengan harga yang sangat tinggi, setinggi RM38,000 kerana sangat sukar ditemui dan ditangkap. Ia disebabkan Bladefin Basslet tinggal di air yang dalam dan saiz yang kecil sekecil jari kelingking. Para saintis telah mendakwa bahawa ikan ini mempunyai jangka hayat antara dua hingga empat tahun.

6 spesis ikan tropika paling mahal

3. Angel Fish Peppermin.

ikan ini biasanya ditemui di terumbu karang tropika di Kepulauan Cook dan Raro tonga. Peppermint Angelfish mampu mencecah harga setinggi RM108,000. Dengan saiz maksima 7 sentimeter. ikan ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan sukar serta biasanya bersembunyi di sebalik runtuhan batu-batu. Jika anda memiliki ini, penyediaan habitat seperti habitat asal ikan ini adalah sangat kritikal bagi kelangsungan Peppermint Angelfish. Harga yang sangat mahal ini adalah disebabkan ia tersangat jarang dieksport sebagai spesis haiwan peliharaan.

2. Pari Polkadot.

Ikan pari adalah haiwan yang sangat unik dan menakjubkan. Tapi jika anda teringin untuk memiliki spesis ikan pari Polkadot ini. Anda perlu siapkan wang yang sangat tinggi. setinggi RM386,000. Sebab itu anda biasanya akan boleh melihat ikan pari berbintik ini di akuarium-akuarium dan zoo sahaja dan tidak dalam akuarium di rumah. Spesis ikan ini hanya akan dijumpai di brazil iaitu di lembangan sungai xingu. Ikan pari Polkadot mampu membesar sehingga 40 sentimeter lebar dan 75 sentimeter panjang dengan berat 20 kilogram.

1. Platinum Arowana.

Dengan harga mencecah RM1.54 juta dimana anda boleh membeli kereta sport Lamborghini atau Ferrari. Ikan Arowana Platinum diiktiraf sebagai ikan tropika yang paling mahal di dunia setakat ini. Ikan ini mempunyai badan yang panjang, ekor yang tirus dan sisik yang besar. Ikan ini banyak menghabiskan masanya di permukaan air disebabkan kebolehannya untuk melompat dan menangkap mangsa. Agak tak masuk akal untuk menghabiskan wang sebanyak ini hanya untuk seekor ikan. Tapi bagi mereka yang mampu boleh lah memiliki ikan yang tersangat rare ini. Walaupun sangat jarang ditemui. namun tak ada kenyataan rasmi bahawa ikan ini mempunyai status terancam.

BACA JUGA:
9 tempat paling sejuk di dunia
8 tempat paling panas di dunia
8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal