6 cili paling pedas di dunia

Pernahkah anda makan cili padi secara mentah begitu saja semasa makan. kita boleh lihat bahawa cili tersebut pedas disebabkan warna merahnya itu. Tahukah anda terdapat banyak jenis cili yang ada di dalam dunia. Mari kita kenali 6 cili paling pedas di dunia.

6. Savina Merah.

Cili savina merah yang telah dibiakkan secara selektif untuk menghasilkan buah yang lebih pedas, lebih berat dan lebih besar. Skala kepedasan cili ini ialah 577000 S H U, akhirnya lebih kuat daripada terbitannya. Frank Garcia dari G N S Spices di Walnut, California dan dikreditkan sebagai pembangun Red Savina. Cili Red Savina pernah memegang rekod sebagai cili terpanas di dunia menurut Rekod Dunia Guinness tetapi telah digantikan oleh cili bhut jolokia pada Februari 2007. The Red Savina memegang rekod dari 1994 hingga 2006.

6 cili paling pedas di dunia
5. The Carolina Reaper.

Sejak tahun 2013, Rekod Dunia Guiness record mengiktiraf the Carolina Reaper sebagai cili terpedas di dunia. Skala kepedasan bagi cili ini ialah 2200000 S H U. Spesies cili ini dibakakan oleh seorang peladang bernama Ed Currie yang memiliki Syarikat PuckerButt Pepper di Carolina Utara. Sebuah pasar raya di United Kingdom telah dikecam pada tahun lepas kerana memulakan penjualan cili ini kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kesan berbahaya kepada pengguna. Ini disebabkan cili ini tidak boleh dipegang tanpa sarung tangan kerana ia akan menyebabkan iritasi pada kulit dan tidak boleh dimakan bulat-bulat.

4. Trinidad Moruga Scorpion.

Cili terpedas ini berasal daripada kampung Moruga. Selain daripada rasa yang pedas cili ini juga mempunyai rasa manis dan lembut apabila dimakan. skala kepedasan bagi cili ini ialah 1200000 S H U. Pada tahun 2012 Institut Lada di Universiti New Mexico telah mengiktiraf Trinidad Moruga Scorpion ini sebagai lada terpedas di dunia. Namun ia tidak pernah disenaraikan secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness.

6 cili paling pedas di dunia

3. Trinidad 7 Pot Douglah.

Cili ini juga datang dari Trinidad. Ia diberi nama 7 Pot Douglah kerana dikatakan satu lenggai lada ini sahaja sudah boleh memedaskan sebanyak 7 periuk itu. Skala kepedasan bagi cili trinidad 7 pot douglah ini ialah 1853936 S H U. Douglah merupakan cili yang agak rare kerana kulitnya yang hitam manis. Ia juga merupakan cili yang jarang ditemui dan luar biasa daripada Trinidad. Cili ini mungkin lebih pedas daripada Ghost Pepper atau Bhut Jolokia. Trinidad Douglah mempunyai buah besar yang masak kepada warna coklat gelap gelap dan berkedut.

2. Pot Primo.

7 Pot Primo telah diciptakan oleh Trop Primeaux atau lebih dikenali sebagai Primo, iaitu seorang ahli hortikultur dari Louisiana. 7 Pot Primo adalah hasil kacukan biji-biji daripada cili jenis Naga Morich dan Trinidad 7 Pot Douglah. Skala kepedasan bagi cili ini ialah 1473480 S H U. Troy Primeaux telah berusaha sejak 2005 lagi dan telah menanam lada ini selama 8 generasi. Ciri fizikal lada ini ia agak berketul-ketul, berkedut-kedut dan mempunyai ekor dihujungnya. Lada ini mempunyai 3 variasi warna iaitu merah, jingga dan kuning.

1. British Komodo Dragon.

British Komodo Dragon dihasilkan oleh Salvatore Genovese. Salvator Genovese adalah syarikat pengeluar cili terbesar di United Kingdom. Cili ini merupakan kacukan hasil 7 Pot, Naga dan Jolokia. Cili ini tidak memberikan rasa pedas serta merta setelah memakannya. Tetapi akan membuatkan mulut terasa pedih dan hangit setelah beberapa minit. Skala kepedasan bagi cili ini ialah 1400000 S H U. Dua orang sukarelawan pernah menyertai ujian untuk merasa lada ini dan mereka mengatakan rasa pedas tidak hilang sepenuhnya walaupun telah meminum 2.3 liter susu dan seliter air.

BACA JUGA:
8 haiwan paling besar di dunia
9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia
8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal