50 rumah diganggu dengan ketukan misteri

50 rumah diganggu dengan ketukan misteri. Kejadian misteri berlaku lagi kini 50 rumah belalu dalam 5 kampung diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah.

Di fahamkan Lima kampung yang terbabit adalah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating.

Ketukan serta dentuman yang kuat boleh dikatakan berlaku serentak pada awal pagi namun sebaik disiasat, tidak ditemukan pelakunya malah kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding sedangkan bunyi yang terhasil sangat kuat.

Menurut penduduk yang terbabit dengan kejadian tersebut berkata “Kira-kira jam 1.40 pagi dua malam lalu, kedengaran ketukan bertalu-talu yang sangat kuat di dinding rumah menyebabkan kami sekeluarga terkejut.

“Berbekalkan lampu suluh dan sebilah pedang sebagai menjaga keselamatan, saya keluar untuk melihat apa yang berlaku namun tiada kelibat manusia atau apa-apa yang berlaku.

50 rumah diganggu dengan ketukan misteri

Sejak dua kali kejadian itu, kami sering berwaspada dan setiap kali menjelang jam 1 pagi, kami tidak akan melelapkan mata kerana ingin bersedia jika ketukan berlaku,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Tan Mansor Tuan Kechik, 64, berkata, dia sekeluarga menerima gangguan ketukan pintu bertalu-talu pada malam Selasa lalu dan menyangkakan anaknya yang pulang ke rumah.

Dia berkata, curiga dengan keadaan itu, dia cuba mengintai menerusi tingkap namun tidak kelihatan kelibat anaknya atau sesiapa di luar rumah.

“Bunyinya agak kuat namun saya mengabaikannya, dalam hati berasa curiga dan rupanya situasi yang saya alami turut dihadapi penduduk lain.

“Keesokan harinya ramai yang bercakap mengenai gangguan ketukan misteri di rumah masing-masing malah ada yang bunyinya sangat kuat walaupun rumah mereka berstruktur batu.

BACA:

Walaupun gula-gula tapi hukum tetap hukum, trend berniaga cedok-cedok dikritik

Genneva Gold : Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia

Wanita hamil dedah suami ada wanita simpanan, dedah segalanya di TikTok