50 Jenis “Smartphone” Ini Tak Lagi Boleh Guna Aplikasi WhatsApp Bermula November

50 Jenis “Smartphone” Ini Tak Lagi Boleh Guna Aplikasi WhatsApp Bermula November

50 Jenis “Smartphone” Ini Tak Lagi Boleh Guna Aplikasi WhatsApp Bermula November.Aplikasi mesej popular, WhatsApp telah mengumumkan bahawa lebih 52 telefon pintar tidak akan mendapat akses untuk menggunakan aplikasinya bermula 1 November 2021 ini.

Ini bermaksud, jutaan pengguna akan disekat daripada menggunakan aplikasi itu melainkan mereka menaik taraf peranti atau mengemaskini software telefon mereka.

Menurut WhatsApp, langkah itu diambil bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi tersebut selamat yang bermaksud menghentikan sokongan untuk model telefon lama.

Namun begitu, perlu diteliti lagi kerana terdapat beberapa model dalam senarai dikatakan boleh memperbaharui perisian mereka sehingga berfungsi tanpa perlu menukar telefon baru.

iPhone 6S serta iPhone 6S Plus dan iPhone SE (varian iPhone 5 dan iPhone 6) adalah salah satu daripadanya. Secara asasnya, jika anda memiliki telefon yang lebih lama daripada iPhone 4S, anda perlu menukar telefon bimbit baru kerana telefon itu tidak dapat dipasangkan dengan perisian yang sesuai.

Jika pengguna Apple yang memiliki mana-mana telefon seperti yang disebutkan ingin mengetahui cara untuk mengemas kini perisian mereka, mereka boleh pergi ke Settings > General > Software Update dan cari versi yang anda gunakan.

Untuk pengguna Android pula, anda harus menggunakan Android versi 4.1 atau lebih baru untuk terus menggunakan aplikasi WhatsApp, menurut The Sun.

Berikut adalah telefon pintar yang termasuk dalam senarai tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 November ini:

Galaxy Trend Lite
Galaxy Trend II
Galaxy SII
Galaxy S3 mini
Galaxy Xcover 2
Galaxy Core
Galaxy Ace 2
Lucid 2
Optimus F7
Optimus F5
Optimus L3 II Dual
Optimus F5
Optimus L5
Best L5 II
Optimus L5 Dual
Best L3 II
Optimus L7
Optimus L7 II Dual
Best L7 II
Optimus F6, Enact
Optimus L4 II Dual
Optimus F3
Best L4 II
Best L2 II
Optimus Nitro HD
Optimus 4X HD
Optimus F3Q
ZTE V956
Grand X Quad V987
Grand Memo
Xperia Miro
Xperia Neo L
Xperia Arc S
Alcatel
Ascend G740
Ascend Mate
Ascend D Quad XL
Ascend D1 Quad XL
Ascend P1 S
Ascend D2
Archos 53 Platinum
HTC Desire 500
Caterpillar Cat B15
Wiko Cink Five
Wiko Darknight
Lenovo A820
UMi X2
Run F1
THL W8
iPhone SE
iPhone 6S
iPhone 6S Plus

Sumber : siakap keli

Baca:Panas!!! CEO Kumpulan MAHB letak jawatan

COMMENTS