5 siri ultraman yang terawal

Ultraman ialah siri televisyen fiksyen sains Jepun yang dicipta oleh Eiji Tsuburaya. Ia adalah susulan kepada Ultra Q. Tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa Ultraman merupakan antara adiwira terhebat dan popular dalam sejarah Jepun. Walaupun Ultraman ialah siri pertama yang menampilkan watak Ultrama, ia merupakan siri kedua dalam Siri Ultra. Mari kita lihat 5 siri Ultraman terawal yang pernah ditayangkan sejak tahun 1966.

5. Ultraman Ace 1972.

Ultraman Ace ditayangkan pada tahun 1972 dan merangkumi 52 episod. Dalam siri ini, bumi diserang oleh tentera asing yang jahat diketuai oleh Yapool iaitu seorang penjahat dan komander yang mahir. Datang untuk membantu penduduk Bumi tidak lain dan tidak bukan adalah Ultraman Ace. Salah satu daripada beberapa Ultra dari planet M 78. Seperti Ultra yang lain, Ultramen Ace memberi akses kepada beberapa individu terpilih untuk menjadi penyelamat Bumi dengan memberi mereka kuasa luar biasa dimiliknya. Rancangan ini memfokuskan kepada Seiji Hokuto dan Yuko Minami yang menggunakan cincin Ultra untuk menjadi Ultra dan mengalahkan kejahatan.

5 siri ultraman yang terawal
4. Return of Ultraman 1971.

Eiji Tsuburaya pada asalnya berhasrat untuk menamatkan watak Ultra berakhir dengan siri 1967 dalam Ultra Seven. Tetapi watak Ultra terbukti menjadi watak yang terlalu popular untuk diketepikan. Anaknya meneruskan legasi yang dibina bapanya dengan mencadangkan siri baharu yang akan mengembalikan kehebatan Ultra. Maka lahirlah Return of Ultraman, sebuah rancangan yang membezakan dirinya daripada Ultra seven dengan menambahkan elemen berlawan. Kisah dalam Return of Ultraman masih dikaitkan dengan watak Ultra terdahulu dengan apabila watak Ultraman dan Ultra seven turut membuat penampilan untuk membantu apabila khidmat kedua-dua watak Ultra ini diperlukan.

3. Ultra seven 1967 hingga 1968.

Siri ini berlaku pada masa hadapan dan mengikuti sekumpulan pahlawan elit yang dipanggil Ultra Guard ketika mereka melindungi Bumi daripada ancaman luar angkasa. Salah seorang daripada mereka bagaimanapun menyembunyikan satu rahsia. Dia adalah makhluk asing dari planet M78 yang dikenali sebagai Ultra seven. Sama seperti Ultraman pertama, Ultra ini menggunakan kuasanya untuk mempertahankan manusia daripada raksasa di seluruh galaksi. Untuk menyembunyikan identitinya. Ultra seven menyamar sebagai manusia bernama Dan Moroboshi. Siri Ultra seven ini ditayang pada tahun 19 71 dan mempunyai sebanyak 49 episod keseluruhannya.

5 siri ultraman yang terawal

2. Ultramen 1966 hingga 1967.

Siri Ultraman kedua ini adalah susulan kepada siri Ultraman yang asal, sekali gus memulakan watak adiwira Jepun yang paling ikonik. Tayangan perdananya seminggu selepas Ultra Q berakhir. Siri Ultraman ini memaparkan berlangsung 30 tahun akan datang apabila seorang juruterbang telah ditembak jatuh oleh makhluk antara galaksi. Makhluk itu merupakan sejenis makhluk asing. Utraman telah bergabung dengan juruterbang untuk menyelamatkan nyawanya. Setiap kali berada dalam keadaan bahaya. juruterbang akan berubah menjadi Ultraman untuk melawan raksasa jahat itu.

1. Ultra Q 1966.

Walaupun ia adalah siri pertama dan tertua dalam alam sinematik Ultraman. Ultra Q tidak menampilkan sebarang watak Ultra. Sebaliknya. tiga watak utama pada dasarnya adalah detektif yang menyiasat raksasa yang berbeza setiap minggu. Studio produksi Toho yang menjalankan siri itu juga menawarkan penciptanya akses kepada raksasa dan prop. Peminat filem raksasa Jepun mungkin melihat beberapa wajah yang dikenali dalam siri ini. “Q” dalam tajuk siri ini bermaksud “Question”. Dihasilkan dalam warna hitam dan putih oleh Tsuburaya Productions. ianya telah disiarkan dari 2 Januari hingga 3 Julai 1966 dengan jumlah 28 episod.

BACA JUGA:

8 tempat paling panas di dunia

9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal