5 Barang Hotel Yang anda Boleh rembat Bawa Balik

5 Barang Hotel Yang anda Boleh rembat  Bawa Balik

5 Barang Hotel Yang anda Boleh Angkut Bawa Balik.Bila kali terakhir korang bermalam di hotel? Mesti dah lama tak dapat nak bercuti disebabkan pandemik Covid-19 kan. Tapi sekarang pihak kerajaan telahpun memberikan kelonggaran untuk mereka yang lengkap dua dos vaksin untuk pergi bercuti di dalam negeri tempat tinggal. Rentas negeri masih belum bolah ya, tapi kalau naik kapal terbang boleh ke Langkawi, hehe.

Apapun, pusat penginapan hotel tentunya menjadi pilihan memandangkan pihak mereka telah menyediakan segala kelengkapan. Tapi sejak dulu lagi ramai orang tertanya barang-barang yang disediakan hotel ni boleh bawa balik atau tidak? Ada juga yang tidak tahu malu bawa balik barang-barang yang tidak sepatutnya diambil. Itu kira mencuri dah tu.

Jadi sebagai perkongsian, akaun Tiktok The Manohara Hotel Yogyakarta ada berkongsi antara 5 barang yang sebenarnya memang disediakan untuk pengunjung dan dibenarkan untuk dibawa pulang.

Hotel

Antara barang yang disenaraikan adalah seperti:
Laundry bag
Air mineral
Notepad
Selipar (jika disediakan)
Peralatan mandi (lotion, ubat gigi, gel mandian dan syampu)

@themanoharayogyakartaNah ini dia barang-barang yang wajib kalian bawa pulang setelah staycation di Hotel. #themanohara #fyp♬ TIKTOK HUDHAEFA RAFFA PERFORMANCE – HUDHAEFA RAFFA 3

Jika kita lihat dari senarai di atas, mereka tidak mengatakan tuala dan penggosok baju boleh diambil ya. Jadi jangan pandai-pandai sorok dalam bag, kalau kantoi dengan pihak hotel buat malu jer.

Selain itu, ada sesetengah hotel turut menyediakan minuman tin dan makanan ringan di dalam peti ais. Ada yang percuma dan ada juga yang akan dikenakan caj jika mengambilnya. Jadi pastikan ia betul-betul percuma kalau nak makan, jika tidak perlu bayar sebelum checkout.

Sumber: https://ohmedia.my/ohlifestyle/lelaki-ini-kongsikan-5-barang-hotel-yang-boleh-angkut-bawa-balik/

COMMENTS