40 satelit milik SpaceX terpaksa dimusnahkan kerana Ribut Solar

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]40 satelit milik SpaceX terpaksa dimusnahkan kerana Ribut Solar. SpaceX hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 40 buah satelit Starlink mereka telah terkesan daripada ribut solar sehingga menyebabkan kerosakan pada satelit-satelit tersebut. 40, satelit, milik, SpaceX, terpaksa, dimusnahkan, kerana, Ribut Solar, SpaceX, hari, ini, memaklumkan, bahawa, sebanyak, 40, buah, satelit, Starlink, mereka, telah,
terkesan, daripada, ribut, solar, sehingga, menyebabkan, kerosakan, pada, satelit-satelit, tersebut,satelit malaysia, satelit cuaca malaysia,[/bg_collapse]

40 satelit milik SpaceX terpaksa dimusnahkan kerana Ribut Solar. SpaceX hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 40 buah satelit Starlink mereka telah terkesan daripada ribut solar sehingga menyebabkan kerosakan pada satelit-satelit tersebut.

40 satelit milik SpaceX terpaksa dimusnahkan kerana Ribut Solar. SpaceX hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 40 buah satelit Starlink mereka telah terkesan daripada ribut solar sehingga menyebabkan kerosakan pada satelit-satelit tersebut. 40, satelit, milik, SpaceX, terpaksa, dimusnahkan, kerana, Ribut Solar, SpaceX, hari, ini, memaklumkan, bahawa, sebanyak, 40, buah, satelit, Starlink, mereka, telah, terkesan, daripada, ribut, solar, sehingga, menyebabkan, kerosakan, pada, satelit-satelit, tersebut,satelit malaysia, satelit cuaca malaysia,

Pada Khamis minggu lalu, SpaceX telah pun menghantar sebanyak 49 satelit Starlink ke orbit yang merupakan rutin normal operasi syarikat milik Elon Musk.

Tetapi tidak lama selepas ia dilancarkan, satu insiden ribut geomagnetik telah berlaku menghentam atmosfera Bumi pada hari Jumaat.

Akibatnya, ribut solar itu meningkatkan suhu dan ketumpatan atmosfera Bumi sekaligus menggangu orbit satelit Starlink yang berada pada jarak 210 kilometer dari Bumi. Keadaan itu mengganggu sehingga 50% daya seretan satelit itu mengorbit Bumi berbanding sebelum ini.

Pihak SpaceX berkata pasukan mereka kini menetapkan satelit tersebut dalam mod safe-mode sebagai usaha untuk mengawal satelit mereka yang terkesan daripada ribut solar itu.

Mereka juga memaklumkan 40 buah satelit yang terjejas itu akan keluar dari kedudukan orbitnya dan akan dibawa memasuki semula ruang atmosfera Bumi dengan kawalan safe-mode.

SpaceX memaklumkan, proses mengeluarkan kesemua satelit itu dari orbit tidak akan berlanggar dengan satelit-satelit lain serta ia akan musnah ketika memasuki ruang atmosfera Bumi.

Bermakna tiada sebarang serpihan dari satelit itu akan jatuh ke Bumi.

Sehingga kini, sudah lebih daripada 2000 satelit Starlink telah pun di hantar ke orbit dalam usaha mereka untuk menawarkan perkhidmatan internet mereka ke seluruh dunia.

Berita Lain:

Dapat tawaran dengan bayaran hanya RM50 sehari, ini jawapan Salih Yaakob

Padu !!! Cara abang ni panggil itik masuk reban buatkan ramai tergamam

Ruang besar tu sewa RM1,700 sebulan? Lelaki ini dedah apa berlaku