4 sekawan perompak diberkas Polis Tak sampai 24 jam

4 sekawan perompak diberkas Polis Tak sampai 24 jam

4 sekawan perompak diberkas Polis Tak sampai 24 jam.Bersenjatakan pistol mainan menyamar sebagai anggota polis melakukan rompakan di Kg Jeram Kuala Ketil Kulim Kedah

Dalam tempoh kurang 24jam kesemua perompak berkenaan berjaya diberkas oleh Polis.

Dalam Kejadian 8pagi perompak telah datang ke rumah seorang wanita 42 tahun dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan memberi alasan telah mendapat arahan untuk memeriksa rumah berkenaan.

Wanita berkenaan berasa curiga dan enggan menurut arahan yang diberikan.

Perompak tersebut bertindak memecah pintu belakang dan mengacu pistol mainan untuk memaksa wanita berkenaan masuk ke dalam bilik dan terus mengikat wanita berkenaan dengan pengikat kabel.

Semasa kejadian adik lelaki mangsa balik ke rumah dan terdengar jeritan mangsa terus meminta bantuan jiran .

Hasilnya seorang perompak berusia 38 tahun berjaya ditangkap manakala tiga lagi meloloskan diri.

Hasil siasatan polis mendapati perompak yang yang ditahan oleh orang awam merupakan abang kepada seorang lagi perompak berusia 26 tahun yang sudah melarikan diri.

 

Polis telah membuat satu serbuan telah dilakukan dan berjaya menahan semua baki perompak yang bersembunyi di kawasan Sungai Petani.

Polis berjaya merampas barang kemas bernilai RM10,000 tukul dan pistol mainan yang dibeli secara atas talian.

Hasil semakan semua perompak berusia 24 hingga 38 tahun itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Mereka baru saja menubuhkan kumpulan berkenaan dengan taktik menyamar sebagai anggota polis.

BACA: Panas!!! Ali Biju betanding calon Bebas prn Sarawak

COMMENTS