4 negeri diramal akan alami banjir besar tahun ini

4 negeri diramal akan alami banjir besar tahun ini

4 negeri diramal akan alami banjir besar tahun ini.Negara bersedia menghadapi ancaman banjir besar yang diramal melanda beberapa negeri terutamanya Pa­hang, Terengganu, Kelantan dan Johor pada musim tengku­juh yang dijangka bermula ha­ri ini sehingga awal Januari de­pan.

Ramalan Jabatan Meteorologi Ma­laysia (MetMalaysia), dijangkakan hujan lebat di negeri-ne­geri terbabit bermula hari ini manakala di Sarawak dan Sabah keadaan diramal berterusan sehingga Februari depan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Pe­ngurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Aminuddin Has­sim berkata, pihaknya menyediakan 5,000 pusat pemindahan banjir sementara (PPS) di seluruh negara bagi menampung jangkaan 100,000 mangsa.

Katanya, daripada jumlah ter­sebut sebanyak 2,000 PPS diaktifkan mulai hari ini di beberapa kawasan di Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Sebanyak 3,000 PPS lagi dalam status bersedia, 600 PPS akan diaktifkan di Kelantan, le­bih 500 di Terengganu dan le­bih 700 di Pahang.

“PPS di kawasan tersebut, Pahang, Kelantan dan Terengganu menjadi tumpuan kepada kerana kekerapan bencana alam yang berlaku di kawasan itu.

“Pegawai-pegawai di PPS perlu bersedia bertugas dan be­kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mangsa-mangsa apabila dilanda bencana alam di kawasan tersebut,” katanya apabila dihubungi semalam.

Amaran yang sama turut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad yang berkata, pihaknya meramalkan banjir besar akan melanda beberapa lokasi di Pahang dan Terengganu seperti yang berlaku tahun lalu.

“Banjir di Pahang tahun lalu adalah yang kedua terbesar selepas bencana banjir besar pada tahun 2014. Justeru, kami sudah bersiap siaga untuk berdepan situasi itu,” katanya selepas menutup Kursus Khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) Siri 1/2021 di Markas Pasukan SMART, semalam.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya juga menya­lurkan RM50,000 kepada 157 daerah di seluruh negara sebagai persiapan logistik untuk menghadapi bencana alam tersebut.

“Nadma membuat penambahbaikan untuk membantu dengan hasil kerjasama pihak berkuasa menyediakan 45,000 khemah di seluruh negara dan lebih 8,000 aset bencana se­perti bot berenjin, lori dan sebagai­nya.

Baca:Selepas tular ikan siakap harga kayangan ,pemilik restoran tampil perjelaskan

“Itu salah satu perkara yang dapat kami laksanakan sebagai persiapan untuk menghadapi bencana ini dengan lebih tersusun berikutan negara ketika ini juga sedang berperang dengan pandemik Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu di Alor Setar, jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat kepada 526 mangsa daripada 145 keluarga yang ditempatkan di PPS di empat daerah, semalam.

Mangsa banjir yang dipindahkan semalam melibatkan seramai 292 mangsa daripada 79 keluarga di satu PPS di daerah Pendang dan dua di Kota Setar.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, dua PPS dibuka di Baling, empat di Kota Setar dan masing-masing satu di Pendang dan Kubang Pasu.

Di Melaka, seramai 159 penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan ke tiga PPS selepas beberapa kawasan di Alor Gajah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat semalam tiga PPS dibuka untuk menempatkan mangsa terlibat.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dibuka pada pukul 8 malam kelmarin dan menempatkan seramai 24 mangsa daripada 10 keluarga.

“PPS kedua iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah turut dibuka kira-kira sejam kemudian dan seramai 81 mangsa daripada 19 buah keluarga berada di situ,” katanya dalam kenyataan.

Baca:Misteri… penduduk kampung ini dilarang jual nasi
Tular Wanita dicerai hanya guna aplikasi WhatsApp

COMMENTS