31 anggota IPD diambil urin secara rambang, 9 positif dadah

31 anggota IPD diambil urin secara rambang, 9 positif dadah. Seramai 9 anggota polis didapati positif dadah selepas gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dijalankan .

“Seramai 31 org anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pertama diambil urin secara rambang dan sembilan daripadanya didapati positif dadah.

Menurut Mior Faridalathrash menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi pembabitan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota atau pegawai polis.

Beliau berkata, bagaimanapun ia adalah ujian saringan awal terhadap anggota berkenaan.

“Selepas kita hantar urin ini untuk ujian patalogi dan jika mereka disahkan masih lagi positif dadah, kita bercadang untuk tuduh di mahkamah,” katanya.

35 anggota IPD diambil urin secara rambang, 9 positif dadah

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘Awie Tour’ 2022 Peringkat Kontinjen Perak di Aeon Kinta City di sini, semalam.

“Hanya seorang daripada anggota yang ditangkap pernah ditangkap di bawah Sek 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, mereka terdiri daripada anggota berpangkat Lans Koperal hingga Koperal yang berusia antara 35 hingga 51 tahun.

 

BACA:

Genneva Gold : Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia

Wanita hamil dedah suami ada wanita simpanan, dedah segalanya di TikTok

Bakal disaman oleh bekas suami Emilia Hanafi, ini respon Mona Din