20 maut dipanah petir dalam tempoh 24 jam gara-gara ribut petir

20 maut dipanah petir dalam tempoh 24 jam gara-gara ribut petir. 20 penduduk di beberapa daerah di sebuah negeri dilapor maut dalam tempoh 24 jam kerana disambar oleh petir.

Ratusan penduduk di India terbunuh setiap tahun dalam ribut petir ketika permulaan musim tengkujuh dan memberikan ‘waktu rehat’ yang panjang pada musim panas merentasi dataran utara India.

Menurut laporan akhbar berita Daily Mail, Bihar yang merupakan negeri di bahagian Timur India dilanda ribut petir dan kejadian yang sama dijangka akan berlaku di beberapa kawasan utara negeri itu hari ini hingga esok.

Ketua Menteri Dalam Negeri, Nitish Kumar meminta semua penduduk di kawasan tersebut untuk mematuhi nasihat yang telah diberikan oleh pihak berkuasa pengurusan bencana.

Hampir 3,000 rakyat mereka terbunuh akibat sambaran petir pada tahun 2019, memetik angka dari laporan saluran TV Al Jazeera.

20 maut dipanah petir dalam tempoh 24 jam gara-gara ribut petir

Manakala pada tahun sebelumnya, di bahagian selatan negeri Andhra Pradesh telah mencatatkan 36,749 panahan petir dalam masa 13 jam sahaja, lapor BBC.

Kumar juga telah mengumumkan akan memberikan bantuan sebanyak RM22,000 kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia, lapor Times of India.

Beliau juga telah mengarahkan pegawai negeri itu untuk memasang alat perangkap kilat bagi mengekang kilat dari menyambar sesuatu objek sebalik mengalihkannya ke dalam tanah.

BACA:

Ibubapa OKU tiada pekerjaan, hasrat pelajar cemerlang sambung IPTA tak kesampaian

Kena cerai kerana tidak bergelar doktor

SJKP : Skim beli rumah hingga RM400 ribu, ini syarat dan cara mohon