2 keputusan besar diumum dan kesannya terhadap rakyat

2 keputusan besar diumum dan kesannya terhadap rakyat

Keputusan Mahkamah Persekutuan 6-1 terhadap kes menghina mahkamah oleh Malaysiakini dan Editor-in-chief nya. Malaysiakini didenda RM500,000.00 tetapi Editor-in-chief nya dilepaskan. Denda itu sap sap soy dikutip melalui meminta sedekah dari sympathizers.

Ramai yang berkata keputusan itu merupakan internet blackout kepada pengendali news portal yang mahukan freedom of speech.

Kesan keputusan itu merisaukan mereka tapi tidak merisaukan kita. Kita tidak termakan dengan dakwah mereka utk menghina sesiapa apatah lagi mahkamah.

2. Keputusan Menteri Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 Mac 2021.

Keputusan ini lebih menarik dari keputusan mahkamah.

a) Adakah keputusan ini keputusan Cabinet atau keputusan Menteri dan Kementerian nya sahaja? Kalau keputusan cabinet sudah pasti ada menteri yang dissenting seperti keputusan mahkamah 6-1 itu. Takkan lah Menteri Kanan Pertahanan yang kepalai Mesyuarat MKN setiap hari tidak menyebut bahawa 1 Mac 2021 itu masih lagi dalam PKP? PKP itu Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengawal merebaknya pandemic covid 19. Pembukaan sekolah bererti membenarkan pergerakan bukan hanya ke luar daerah malah merentas Negeri. Ada sekolah yg terletak di Daerah lain dari tempat tinggal kita. Takkan lah mereka tidak tahu. Daerah ini pula paling tidaknya ada 3. Daerah ikut sempadan Pejabat Daerah, Daerah ikut sempadan Daerah Polis dan satu lagi Daerah mengikut sempadan Majlis Daerah. Daerah mana satu yang akan didenda kalau kita keluar?

b) Kanak2 yg akan bersekolah itu akan dikenakan SOP yang ketat. Melanggar SOP semasa PKP boleh ditangkap dan didenda kompaun tiada kompromi RM1,000.00.
Kanak2 dibawah umur 10 tahun memang ada Undang2 yang memperuntukan mereka tidak boleh disabitkan kesalahan. Itu dalam Penal Code. Latin berbunyi “doli incapax”. Tak percaya selak Penal Code baca Section 82. Tetapi itu tidak kecualikan Kanak2 yg berumur lebih dari 10 tahun. Yang sudah sekolah menengah macam mana?

Mungkin Menteri tidak sampai otaknya utk berfikir sampai ke situ.

c) Belum pernah terjadi Menteri guna PowerPoint untuk mengumumkan sesuatu. Rakyat bukan perlu ambil kursus utk faham sesuatu. Untuk umumkan tarikh buka sekolah pun perlu PowerPoint, nampak sangat Menteri ini dungu. Itu sebabnya saya tidak paparkan video nya di sini. Takut Tuan-tuan menyampah.

Apa lah dosa kita sehingga kita dihukum dengan dapat Menteri dan kerajaan yang pandir bingai, moronic dan tidak ada hala. Menonong macam kena rasuk dek hantu.

Sumber:

COMMENTS