2 jasad ditemui di bawah timbunan kayu buat wartawan menitiskan air mata

2 jasad ditemui di bawah timbunan kayu buat wartawan menitiskan air mata

2 jasad ditemui di bawah timbunan kayu buat wartawan menitiskan air mata .Wartawan TV3, Juliana Sharin tidak dapat menahan rasa sebak ketika membuat liputan penemuan sebuah beg berisi mainan berdekatan lokasi jasad kanak-kanak tertimbus di sebuah inap desa di Bentong.

Menerusi siaran Buletin Utama malam tadi, Juliana berkesempatan menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) yang menemukan 2 jasad yang dihanyutkan dari inap desa berkenaan.

2 jasad ditemui di bawah timbunan kayu

Bencana banjir yang melanda Pahang menyebabkan sebuah inap desa di Bentong musnah, serta seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan sepasang suami isteri hilang.

Operasi SAR masih diteruskan untuk mencari mangsa yang hilang dan setakat ini hanya 2 jasad ditemui iaitu seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang berada kira-kira 200m dan 800m dari tempat tidur mereka di inap desa tersebut. Kedua-dua mayat ditemui bawah timbunan kayu.

Lebih memilukan, ketika melakukan proses pembersihan sisa kayu di tepi lebuh raya, mereka menemukan sebuah beg kanak-kanak berisi anak patung dan beberapa mainan budak.

Wartawan TV3, Juliana Sharin yang sempat melakukan liputan terhadap penemuan tersebut jelas kelihatan menahan sebak dan air mata selepas melihat barangan dari dalam beg tersebut dikeluarkan satu per satu.

BACA JUGA:

Datuk Ayob Khan akan dilantik sebagai Pengarah JSJN
Tindakan Warga Myanmar Ini Buat Netizen Terharu

COMMENTS