2 beradik kena kompaun RM10,000, puncanya…huhu…

2 beradik kena kompaun RM10,000, puncanya…huhu…

Gara-gara gagal mendaftar masuk ke sebuah premis makanan di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang, dua beradik dikenakan kompaun RM10,000 kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali, dua beradik itu adalah antara tujuh individu berusia 18 hingga 61 tahun yang dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Tindakan tegas itu dibuat bertujuan menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berusaha mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Kesemua yang dikompaun, termasuk pemilik premis gerai makanan di Teluk Cempedak dikenakan tindakan mengikut Peraturan 18 (3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kesalahan yang dilakukan adalah kerana tidak mendaftar nama pada buku daftar masuk premis dan membenarkan pelanggan masuk ke premis tanpa mendaftar masuk, menurut laporan itu lagi.

Setakat ini Mohamad Noor berkata, pihaknya mengeluarkan 25 notis kompaun kepada individu yang didapati melanggar SOP dalam tempoh 10 hari pelaksanaan kompaun baharu itu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/22/padah-gagal-daftar-masuk-premis-dua-beradik-di-kuantan-dikompaun-rm10000/

COMMENTS