187 syiling ditemui dalam perut lelaki ini, doktor geleng kepala

187 syiling ditemui dalam perut lelaki ini, doktor geleng kepala. Sepasukan doktor di India berjaya mengeluarkan 187 keping duit syiling dari perut seorang lelaki yang dibawa ke hospital kerana mengalami masalah kembung dan sakit perut, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Penemuan tersebut dibuat apabila lelaki yang berasal dari perbandaran Lingsugur itu dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital kerana mengalami sakit perut dan muntah-muntah.

Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan di Hospital Hangal Sri Kumareshwar terkejut apabila mendapati pesakit berkenaan telah menelan syiling seberat lebih 1.5 kilogram (kg).

187 syiling ditemui dalam perut lelaki ini, doktor geleng kepala

“Pesakit itu disahkan mengalami masalah psikiatri. Dia telah menelan syiling ini sejak dua hingga tiga bulan lalu. Dia datang ke hospital kerana muntah dan berasa tidak selesa di bahagian perut.

“Berdasarkan gejala yang dihadapinya, kami memutuskan untuk menjalankan imbasan X-ray dan endoskopi. Kami memutuskan untuk membedahnya setelah menemui syiling itu,” kata pakar perubatan di hospital tersebut, Dr. Eshwar Kalaburgi.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, sejumlah besar duit syiling diletakkan di atas meja, manakala imej imbasan X-ray memaparkan objek-objek itu berada di dalam perutnya.

Eshwar kemudian mengesahkan bahawa pesakit tersebut kini berada dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.

“Selepas dua jam pembedahan, kami berjaya mengeluarkan semua syiling.

“Selepas pembedahan, dia dirawat kerana kekurangan air dan masalah kecil lain. Pesakit tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan mampu bercakap,” katanya.

BACA:

Dikelilingi 13 gadis, Zul Ariffin undang kritikan lagi

Penyebar video lama bendera Malaysia dikibar dengan video Israel disiasat

Separuh buah pinggang wanita ini hilang kerana diurut