15 Adun sokong PH Melaka bakal menghadap Agong esok ?

15 Adun sokong PH Melaka bakal menghadap Agong esok ?

15 Adun PH Melaka bakal menghadap Agong esok.Semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, esok.

Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, mereka akan ke Istana Negara untuk mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan krisis pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka dan seterusnya pengisytiharan Pilihan Raya Negeri.

“Esok kami akan menaiki bas ke istana dan cadangan ini sudah dipersetujui semua pihak.

“Cadangkan ini (menghadap) disuarakan Datuk Seri Idris Haron (Adun Sungai Udang) dan esok kami akan bertolak ke istana,” katanya.

Terdahulu, Norhizam meluahkan ketidakwajaran keputusan pembubaran Dun Melaka memandangkan dia bersama tiga lagi Adun dan 11 Adun daripada PH masih belum menerima sebarang maklum balas sama ada dari Pejabat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam mahupun Istana Melaka.

Adun

Beliau turut mendakwa terdapat ‘double standard’ dalam keputusan dibuat itu walaupun pihaknya sudah membentuk majoriti secara fizikal.

“Pandangan kami, pengisytiharan pembubaran Dun secara tergesa-gesa semalam bertentangan dengan apa yang diamalkan di pentadbiran Kerajaan Persekutuan oleh Agong.

“Di peringkat Pusat, sebelum membuat keputusan Baginda mendapatkan nasihat daripada semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hakim dan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebelum keputusan dibuat demi kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara,” katanya.

Norhizam berkata, situasi di Melaka tidak boleh disamakan dengan Sarawak memandangkan, kerajaan negeri Sarawak masih mempunyai majoriti, tetapi di Melaka, kerajaan negeri sudah tumbang dan hilang majoriti.

Beliau berkata, tidak adil untuk melantik kerajaan yang sudah tumbang sebagai ‘care taker’ sementara menanti keputusan SPR untuk laksanakan PRN atau pengisytiharan darurat untuk dilaksanakan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/763397/15-adun-ph-melaka-bakal-menghadap-agong

BACA: [VIDEO] Nampak ‘Benda’ Melintas Masa Akad Nikah, Pengantin Wanita Tiba-Tiba Meracau

COMMENTS