12 hari jalan dalam bentuk bulatan, aksi kambing ini timbul tanda tanya

12 hari jalan dalam bentuk bulatan, aksi kambing ini timbul tanda tanya

12 hari jalan dalam bentuk bulatan, aksi kambing ini timbul tanda tanya. Beratus-ratus ekor biri-biri berjalan dalam bulatan selama 12 hari berturut-turut di wilayah Inner Mongolia baru-baru ini.

Tingkah laku pelik itu yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan menunjukkan kumpulan besar haiwan itu terus berarak mengikut arah jam dalam bulatan hampir sempurna di sebuah ladang.

Beberapa ekor biri-biri lain boleh dilihat melihat dari luar bulatan tersebut.

12 hari jalan dalam bentuk bulatan, aksi kambing ini timbul tanda tanya

Rakaman video adegan aneh itu dihantar kepada Twitter pada Rabu lalu oleh akhbar China, People’s Daily.

Akhbar itu melaporkan biri-biri itu sihat sempurna dan punca kelakuan itu masih lagi menjadi misteri.

Pemilik biri-biri itu yang dikenali sebagai Miao mendakwa, kejadian tersebut dimulakan oleh beberapa ekor biri-biri sahaja kemudian disertai oleh lebih banyak haiwan berkenaan.

Walaupun terdapat 34 kandang biri-biri di ladang penternakan tersebut hanya sejumlah biri-biri di salah satu kandang berkelakukan aneh itu.

BACA:

Lagu Untukmu Ibu undang linangan air mata peminat

Gadis cina fasih bahasa melayu, Kelantan ini raih dua anugerah

“Yang paling sakit kena khianat” – Man Raja Lawak