11 tahun makan sabun serbuk, ramai terkejut dengan pendedahan ini

11 tahun makan sabun serbuk, ramai terkejut dengan pendedahan ini. Sudah menjadi lumrah buat manusia untuk menjamah makanan atau minuman yang enak dan dilihat mengiurkan. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila wanita ini mendedahkan beliau sudah 11 tahun ‘ketagih’ untuk makan sabun serbuk.

Menerusi perkongsian TikTok @zakiraaa.4, beliau mengakui mempunyai tabiat yang pelik apabila mencium bau sabun yang wangi di mana beliau cenderung untuk memakannya.

Mahu Bantu Usahawan Tempatan, REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall

11 tahun makan sabun serbuk, ramai terkejut dengan pendedahan ini
Perkongsian yang dibuat jelas menarik perhatian netizen selepas beliau mahu mendapatkan tip daripada orang ramai cara-cara untuk beliau menghentikan tabiat tidak sihat itu.

Bukan itu sahaja, para netizen juga nyata terkejut apabila terdapat manusia yang mempunyai selera yang aneh seperti memakan sabun serbuk. Terdapat netizen yang mempermainkan beliau namun tidak kurang juga netizen yang mencadangkan agar beliau bertemu dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

@zakiraaa.4♬ suara asli – Elvis Trajabitu – Yuyushop1718

BACA:

Perbicaraan kes 1MDB, tiada penyokong Najib hadir

Gaji cecah RM5,753 : Perkhidmatan Awam Negeri buka jawatan kosong