107 tahun lagi jika terlepas peluang lihat Musytari kali ini

107 tahun lagi jika terlepas peluang lihat Musytari kali ini. Beberapa pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka ketika melihat planet Musytari ketika berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi malam tadi.

Fenomena tersebut yang dikenali sebagai istiqbal yang difahamkan akan terjadi selang 107 tahun.

Dalam kejadian itu, permukaan Musytari yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari yang menyebabkannya menjadi lebih terang berbanding pada kedudukan lain.
“Masya-Allah malam tadi sambil menonton Master Celebration dan menikmati taburan bintang-bintang, langit sangat cerah.

107 tahun lagi jika terlepas peluang lihat Musytari kali ini

“Planet Musytari sangat jelas terang-benderang di angkasaraya sebelah Timur. Terang sangat, kelihatan seperti kapal terbang kerana terlalu terang cuma ia tak berkelip,” kata Lyna Noh menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan planet terbesar dalam sistem suria itu akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 26 September (semalam).

“Musytari akan berada pada jarak 587 juta kilometer dari Bumi yang mana merupakan kedudukan paling hampir,” ujarnya.

BACA:

Lelaki lari dengan van putih setelah gagal culik budak

GST dijangka kembali lepas PRU15

Minum air ganja di luar negara, ini pesanan PDRM buat rakyat Malaysia