10 lokasi di Cameron Highlands alami tanah runtuh

10 lokasi di Cameron Highlands alami tanah runtuh

10 lokasi di Cameron Highlands alami tanah runtuh.Hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam sejak jam 11 pagi telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di 10 lokasi di dalam daerah Cameron Highlands yang menghalang laluan kenderaan setakat jam 7.40 petang tadi.

Menurut laporan astro awani ,Di salah satu kawasan berhampiran Smoke House Hotel, kejadian turut menyebabkan pokok tumbang dan menghempap sebuah kenderaan SUV dengan empat orang penumpang lelaki dewasa.

Lokasi

Menurut kenyataan polis, dua orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba ke lokasi.

Kedua-dua mangsa berkenaan tidak mengalami kecederaan

Sementara itu, dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dibawa ke hospital Sultanah Hajah Khalsom.
Salah seorang daripadanya mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat tersepit di dalam kenderaan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang, antara lokasi kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang itu adalah, berhampiran Big Red Strawberry, berhampiran Strawberry Park, berhampiran Smoke House Hotel, laluan ke Boh Sungai Palas, Laluan ke Water Crest, laluan ke Rose Valley, Taman MCA Ringlet, Taman Pelangi, Ringlet, Batu 20, Jalan Tapah, belakang Pasar Tanah Rata.

Kerja-kerja pembersihan masih berjalan dan semua jalan utama telah dibuka kecuali di Batu 20 Ringlet-Tapah yang masih ditutup sementara.

 

Baca :Mak cik nekad tebang pokok marah jalan tidak dibaiki

COMMENTS